ada sesuatu yang dipendam sampai satu ketika mahu saja airmata ini mengalir..demi menjaga segala hati yang terlibat..aku pendam semahunya....Tuhan, bantu aku. terasa lemah teramat...tiap malam mimpi itu seakan datang mengganggu aku...tiap pagi bangun dari tidur aku terduduk termenung..apakah maksud segala mimpi itu..mengapakah tiap malam mimpi itu dibentangkan untuk ku?
hati aku terasa pedih.
aku terus memujuk. kukatakan pada diri, hidup ini bukan taman permainan untuk kau reka segala gelak tawa tanpa rasa perit kesusahan.....
akhirnya airmata aku mengalir apabila lagu yang berkumandang seakan tahu apa yang mahu aku luahkan namun disekat. lagu itu seakan mengganti suara ini untuk melontarkan hasrat..segalanya terasa pedih....... dacing masa semakin hari semakin meningkat angkanya....
tapi mengapa pedih ini seakan masih tidak berubah?