:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

jauh di sudut hati..aku tak nak balik MALAYSIA

below are just few things that i pick up randomly around my mind :
  1. bila tengok nama,logo,gambar atau sesiapa yang menyebut Universiti Malaysia Pahang aku rasa sedikit sentap.jangan tanya kenapa.
  2. i do love optics and electrics thingy kot, dan quantum totally out....lepas tu thermo dan electromagnetics bakal mencabar aku lagi khamis ni.oh Tuhan.
  3. aku rindu nak memasak.....
  4. aku tak nak balik Malaysia..ini serius..perasaan untuk tak nak tinggal di Malaysia rasa makin menebal..mungkin rasa nak balik kejap-kejap jumpa family je..tapi untuk terus menetap kembali macam dulu bila aku dah habis belajar disini nanti...aku rasa itu satu perkara yang sangat berat...aku tak suka duduk Malaysia..sorry for that..ini bukan nak cerita pasal semangat patriotik ke sejarah hang tuah ke..tak kenal tanah tumpah darah ke...BUKAN...ini sekadar terapi jiwa..ianya personal....i just hate to stay in Malaysia.dats all.
  5. aku suka rosyam nor.dan aku sedih dia akan makin tua...sebab aku suka dia sejak aku sekolah rendah lagi kot...hye rosyam nor.
  6. aku selalu berdoa supaya aku tak terjumpa seorang perempuan free hair ni,pakai spec,dahi jendul,muka ada jerawat....bagi aku dia perempuan paling sial pernah aku jumpa selama aku hidup...dan aku selalu mintak pada Tuhan..jauhkan aku dari terserempak in real life dengan dia...sebab aku dah janji dengan diri aku..kalau aku jumpa dia depan mata...automatik..aku ulang..automatik aku akan lempang muka dia SEKALI secara SEKUAT HATI...aku tak kisah orang sekeliling nak kata aku gila.....aku yang lalui semua ni...jadi biar aku je yang faham nikmat dapat tampar muka dia....ini bukan soal dendam mahupun busuk hati...ini soal dia bitch....ye aku jahat.admit it.tapi kalau kau kat tempat aku pon..silap-silap kau akan bunuh dia.sape tahu?
  7. hari tuh mak aku cerita...anak buah aku 4 tahun tengok gamba aku..lepas tu dia cakap..."lamanya tak balik...rasa rindu pulak..."...aku sedih.terus buat aku rasa rindu yang membuak-buak.....tapi aku tak nak duduk malaysia.
  8. sekarang pukul 6.30 pagi dah macam kul 9 pagi plak...magrib plak masuk kul 8..masa berganjak ..summer menghampiri.
  9. bukan aku tak cuba lupakan apa yang dah berlaku..ape kau ingat aku bodoh sangat tak nak lupakan semua tuh?
  10. aku rindu aku.......mane diri aku yang dulu?mane?

Saturday, October 30, 2010

kepada someone...to a girl.




It takes a minute to have a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to forget someone...

Friday, October 29, 2010

readers, for the first time...come here and listen.

lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....

lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....dan aku pedengarkan buat anda semua disini.....bezanya disini aku tutup ruangan komen...terasa segan...jumpa di esoksemalam....take care....

PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz

Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…

Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….

Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.


Friday, October 8, 2010

Dear...

Dear blog,

esok seseorang akan meyambut hari terpenting dalam hidupnya.hari dimana dia kemas berjubah dan tersenyum menggenggam segulung ijazah.hari itu dia akan berkongsi kejayaan dengan orang-orang tersayang dan terpenting dalam hidupnya.dan semestinya orang itu bukan aku.Blog,kalau angin boleh bawak ucapan tahniah ini terus dibisikkan ketelinganya,akan aku segerakan....agar ucapan tahniah dari aku dapat diterimanya tanpa melihat setitis pon airmata milikku jatuh tertumpah...akan aku ucapkan sepenuh hati ucapan tahniah itu buat pemiliknya...agar dia tahu betapa aku gembira melihat dia tersenyum bahagia...Blog,betapa aku pernah mengimpikan untuk menjadi insan terpenting yang bakal dia laungkan kegembiraan atas kejayaan nya.....yang bakal mendengar rasa syukur yang dititipkan untuk Penciptanya.....namun itu semua sekadar dinding impian yang dibina 7 tahun lamanya.....yang akhirnya runtuh tanpa ada kudrat sedikit pon untuk aku menahannya....

Blog,
menjelang hari esok........akan aku persiapkan diri aku dengan setebal tebal ketabahan...akan aku bungkuskan hati aku dengan sekeras keras kekuatan..akan aku tepis segala bisikan syaitan yang bisa mencalarkan perasaan....

terima kasih blog.kau dengar rasa dari hati ini. "tahniah........."




"lepas abang habis belajar...kerja..kumpul duit...lepas tu nak kawen dengan kamu..hanya kamu.janji."-selamat tinggal impian-




dan aku akan sekali lagi akan menulis seperti ini apabila kau bergelar "raja sehari".

Monday, September 27, 2010

rindu serindunya

RINDU

 
dear rindu,

kalau boleh awak jangan dekati dia.bila dia rindu dia tahu dia tak mampu untuk buat apa-apa.lagi-lagi jika awak si rindu datang bersama memori lama..awak heret saat bahagia yang berkurun lama itu datang menyapa dia.buat apa?rindu,bila sampai masa awak asyik sangat menegur dia...dia bagai tak mampu untuk menolak..lalu dia melayankan saja awak si rindu..gagal akhirnya catuan empangan airmata.empangan pecah mengalir tak mampu disekat....tapi jiwa dia tidak terluka.dia sekadar rindu sahaja.sekejap cuma.sampai masanya nanti dia tahu awak si rindu akan pergi biarkan dia...awak datang sekadar menyinggah dan menegur jiwa dia.....dia itu jiwanya biasa dan tak salah untuk dia merindu.

walaupun dia merindu pada sesuatu yang tak sepatutnya...tapi dia tak mampu untuk melawan pekasanya awak si rindu...jangan rindu bayang-bayang jahat.nanti sakit.

Wednesday, September 22, 2010

tak mungkin

ape citer gua nangis tengok filem lagenda budak setan??celaka.

gua tau hidup perlu diteruskan........

"saya dah terima ijazah saya,dan saya dah pon dapat kerja.dan saya datang untuk tuntut janji awak"..wooaahhh gua boleh meleleh airmata dengan dialog ni??what derrrrr........tak masuk akal langsung lah beb...dialog tu bukan melankolik mane pon...haha...kalau lah janji tu ada nyawa....bersepahlah kubur janji dek kerana janji-janji yang terkubur.....damn...ape sastera sangat ni???haha...ape ni lu tak macholah nangis dalam selimut tengok lagenda budak setan...kamon la.....biasalah tu der....itulah natijahnya bila lu tengok filem or drama melayu sambil lu heret jiwa lu sekali...kalau boleh nak bawak diri lu tu pegang watak utama.....iiiisssh merepek lah lu...jangan imiginasi tinggi sangat der..nanti takut lu lupa pada realiti...jangan sembang kencang sangat...nanti takut lu meratapi janji....chill.relax.smile..don't worry...gua tahu this is just a piece of soul...tak dek hal lah....biasalah kata ada jiwa......normal lah tu babe lu nangis sebulan sekali.....haha.....lu orang jangan berangan banyak sangat tengok drama melayu....takot kalau diikutkan hati sangat...boleh tenggelam dalam dialog dan jalan cerita.....sesak jiwa der...haha.....

even banyak watak yang tak hidup dalam filem tu tapi agak hujan renyai-renyai jugak lah rumah 723,empire apartment ni..haha

terima kasih kenangan....teruskan langkah....mesti kuat dan sabar.

setuju tak kalau gua cakap watak ayu after operation which is amelia dan watak ustaz ryann dalam drama epilog syurga cinta tu sumpah macam watak mintak pelempang....tolonglah setuju....pleasela director kot iye pon nak pelakon bayar murah...jangan ah amik pelakon macam ustaz ryann tuh....failed habis der.

Tuesday, September 21, 2010

senyum mereka

 kejap lagi saya ada exam ni....(perlu ke bagi tahu?haha).tapi entry ni saya dah taip 4 hari lepas then simpan dalam draft.haha

itu hari abah saya telefon tanya khabar...dan abah saya ada bagi tahu saya yang ayah,ibu,nenek,adik dan pakcik sedara awak datang rumah saya beraya.....ibu awak dari dulu sampai sekarang tak pernah kurang kasih sayangnya untuk saya....walaupun ibu awak tahu yang kita tak kan lagi bersama duduk gelak ketawa macam apa yang pernah kita lalui dulu-dulu...tapi ibu awak tak pernah berhenti mendekati hati saya....betapa wanita itu kadangkala saya rasa menumpahkan kasih sayangnya buat saya sama seperti apa yang awak dan adik-adik awak terima........dan betapa wanita itu punya ciri teristimewa dalam dirinya....masih boleh menyayangi seseorang seperti saya yang hanya orang luar dan tiada apa dimata sesiapa.....

"sampai pukul satu pagi jugaklah borak-borak...",kata abah.dan ketika mendengar itu dari abah,saya sendiri keliru tentang perasaan saya apabila teringatkan peristiwa 2 tahun lepas..itulah kali pertama dan kali terakhir awak bersama keluarga awak datang menziarahi keluarga saya.sekadar memunggah memori lama dan saya pasti si hati milik saya ini sudah makin kering lukanya....parut lama masih ada...ah itu biasa..saya mampu berdiri meneruskan hari-hari saya....dan saya sedar untuk mengulangi kisah warna-warni yang pernah kita lakarkan bertahun-tahun lamanya itu kembali....sesuatu yang mustahil..sesuatau yang kita sendiri boleh cakap "eh macam mimpi je kan??"....tapi sebagai seorang yang masih punya jiwa...kadangkala lakaran kenangan lama datang menegur saya mampu membocorkan empangan airmata....ah itu biasa.dah kata ada jiwa.hakhak.

datangnya gadis itu menegur saya disuatu hari mengadu selalu bermimpikan saya dan ibu awak....saya terima dengan sesenang rasa..saya cuba sedaya saya menenangkan hati gadis itu..sebab saya ini gadis juga..dan entah kenapa dari dulu..saya sungguh senang berbuat baik pada semua orang yang buat baik pada saya walau sebenarnya kebaikan mereka itu kadang-kadang hanya untuk mengaburi mata saya (kejam taw orang macam ni)....tapi saya tak pernah serik..saya tetap susah nak rasa orang yang senyum-senyum dekat saya tuh orang jahat....dan sikit pon tidak terselit kelat mahupun pahit dihati saya pada gadis awak...saya langsung tidak anggap itu musuh saya.....dan untuk memusnahkan rasa cinta antara kalian berdua....tersangatlah bukan diri saya.....bagaimana pernah saya katakan pada awak seawal perkenalan kita yang jika bahagianya awak bukan dari saya....saya akan biarkan awak dengan kebahagiaan itu selamanya.....dan see?awak sudah bahagiakan??hehe...tahniah awak.

makin hari saya makin susah nak marah.dan selalu sangat bersangka baik pada orang......tiba-tiba saya rasa saya macam dah tak ada perasaan pula...hahahaha.....

Friday, September 17, 2010

i told u

powerful storm moved across new zealand this afternoon.

menyebabkan perjalanan pulang  dari uni ke rumah sedikit terganggu...angin tiup kencang..aku menggigil kesejukkan namun masih gagah meneruskan langkah...disertai hujan lebat...membuatkan payung yang dipegang hampir terlepas dari pegangan....kalau lah angin kencang ini boleh bawak semua rasa perit ini pergi......betapa aku mohon kurniakanlah aku angin kencang saban hari biarpun ia bisa memusnahkan segelintir penghuni alam......

lelaki dengan perempuan itu jarang sekali boleh menjadi teman...maksud aku teman sebenar-benar teman....engkau pernah muncul saat tidak dijemput...namun kehadiran kau sangat disenangi seluruh pelosok perasaan....hari demi hari kita menjadi teman serta kawan...kita punya medium perbicaraan dan kita seperti memerlukan untuk mengisi masa yang mungkin ditakdirkan untuk kita isi dengan bicara kehidupan kita..aku buat kau tersenyum,dan kau juga buat aku tersenyum...dalam gaduh kita diakhiri dengan kemaafan...dalam marah kita diakhiri dengan teguran.....dan aku tahu kau punya kehidupan kau..dan aku punya kehidupan aku....dan kau pernah berpesan pada aku...jarak yang jauh takkan memusnahkan persahabatan kita.....kita selalu berjanji akan saling memerlukan sebagai seorang teman...sampai bila-bila walaupun kita tahu itu sangat mustahil.....sebagai seorang teman....aku pernah katakan pada engkau..."suatu hari nanti kau pasti akan hilang sama macam orang lain..."...kau seperti tidak senang dengan kata-kata itu....kau mahu saja aku dan engkau itu berterusan menjadi teman........dan kita saling berpesan....walaupun kita saling memerlukan....kau dan aku itu tidak mungkin punya perasaan yang lebih sebagai seorang teman.........dan sepenuh hati aku...aku mahu kau terus menjadi teman aku...hanya teman seperti dulu......

bila sampai masanya.....kau sepi...begitu juga aku......kau terus dengan kehidupan kau..dan begitu juga aku.....sms,email....sepi tidak seperti dulu......aku mula menaip bait-bait kata untuk aku ceritakan pada kau..   untuk aku kongsikan bersama kau seperti dulu-dulu....namun akhirnya aku padam dengan rasa kau sudah tidak memerlukan aku.........dan selepas aku menerima email dari kau beberapa hari lalu....aku akhirnya mengerti....dan sudah terbukti seperti aku cakapkan dahulu...kau akan hilang suatu hari nanti sama macam orang lain......lalu seperti sudah bersedia dari awalnya lagi....aku aturkan langkah menjauh dari persahabatan ini..begitu juga engkau hilang lalu sepi....dan aku tetap dengan prinsip aku...lelaki dengan perempuan itu tidak boleh menjadi teman..yang sebenar-benar teman....

jauh disudut hati aku.....perasaan aku sedikit terguris.....aku hilang lagi seorang teman yang  mampu buat bicara antara kita cerianya seperti dulu..walau berjuta kali pon kau kata kau tetap seperti dulu........namun hakikatnya semuanya sudah berubah......dari kejauhan ini aku doakan kau akan buat keputusan yang tepat itu......

datangnya engkau tidak dijemput,lalu aku gembira.
perginya engkau tidak dihalau,lalu aku juga haruslah gembira.


as what i told u before....."suatu hari kau pasti akan hilang sama macam orang lain"..and now its prooved.

semoga itu adalah tulisan terakhir untuk aku buat kau...jika ada kata dan perbuatan aku yang mengguris perasaan kau..aku mohon maaf. take care.

Thursday, September 9, 2010

ingatan

ntah mengapa menjelang hari raya esok ingatan saya pada awak makin menebal.....saya menulis ini bukan untuk awak baca...dan bukan untuk manusia sekeliling menilai dan buat andaian mereka sendiri..sekadar untuk hati bersuara...kalau blog saya dulu awak,kawan-kawan awak,dan ramai yang saya sendiri tak kenal yang kenal awak datang baca....dan saya harap,sangat berharap kali ini tiada dari kerabat yang mengenali awak mahupun awak sendiri baca tulisan saya.....nanti pasti mereka kata saya tak move on...lemah dan seangkatan dengannya..sedangkan saya bukan begitu......dan awak tak kan pernah rasa dan tak kan pernah tahu macam mana perit nya kehidupan saya dikejauhan ini bila awak mengkhianati saat saya betul-betul perlukan awak disisi....awak hilang, saat saya perlukan seseorang untuk bercerita seperti selalu.........awak tiada,ketika saya ingin berkongsi sakitnya saya........walaupun cerita kita sudah terhenti nafasnya beribu ribu jam yang lalu......namun menjelang raya ini ianya seperti berjiwa...saya dapat rasa......saya bukan lemah...saya kenal diri saya....saya cuma seorang yang terluka jiwanya....

damn.air mata saya meleleh lagi menjelang raya kali ini......haha

normal lah tuh kan..hakhak....so,esok raya kan??selamat hari raya semua...=)
sini tak sure lagi raya ari apa..hee

Saturday, September 4, 2010

silence

some people called her "fiki"....and this is fikis's writing couple days before....

 

how i wish i could talk to you and tell you how i really feel about you..
to let you know..how hard i am trying to erase all the memories...
but it seems..life will not always be the way you want it to be...
sometimes it turns to be something that we never dreamt....

we hate it..
we shouted in the dark....why this happened to me??
you walk in the rain...you lied.
you smiling to them...but in silence u cried.

All i can do is writing it on a piece of paper...
not for u to read....and not for people to judge...
but it just for a heart to speak...
jotted it down....writing the stories...reading it again and again...
remembering our thousands memories.....
but at last....what can i say...."goodbye hopeless dream".............

Tuesday, August 31, 2010

gedik

ntah dari sape die belajar tulis sms macam tuh pon aku tak tau...gedik sungguh bunyiknye...."aq tgk gamba kaw dalam paper skowla aq..mencapap jea kaw...."...ntah nape aku rasa orang yang tulis eja macam tuh gedik...dik,sumpah kau gedik..mane lah dia belajar...confirm lah bukan dari kakak dia..mane mungkin lah...kakak dia kan kacak...kan MOFASAD kan??selekeh betul lah bile mofasad buat entry pegi capture gambar salam perantauan tuh...cisss kek betul mamat tuh.....mane-mane makwe silalah pergi ngurat mofasad dan betulkan balik otak die..kasi center sikit..hakhak..

hari ni merdeka....ye semua orang tau....hari ni negara kita sambut kemerdekaan yang ke 53...sekaligus mengingatkan aku pada mak dan abah...mereka pula sudah mencecah 54 tahun......semakin tua mereka....tapi.....abah masih gigih buat overtime...hari cuti pon abah kerja....jauh disudut hati aku ni..aku sedih dengan abah...abah dah banyak bersabar dengan perangai anak-anak lelaki mereka...mak dah berapa kali menangis kerana perangai anak-anak lelaki mereka juga.....apalah kudrat aku untuk mengubah segalanya....sungguh apa yang termampu aku lakukan....aku buat demi kebahagiaan keluarga kita......airmata menitis lagi terkenang keluarga..terkenang bermacam-macam peristiwa..dan yang pastinya.....aku sendiri menyorokkan sesuatu dari mereka semua....aku berkorban demi keluarga kita semata..biar tiada siapa tahu...biar aku saja yang menanggungnya...."celaka",marah hati kecilku........

teringat pula aku pada 31 ogos setahun yang lalu...ada sesuatu aku coretkan sempena kemerdekaan...namun ianya tentang kemerdekaan jiwa.........sekadar membaca balik tulisan kenangan diesoksemalam yang ditulis pada 31 ogos 2009...

31 ogos kali ini,
aku rasa sedikit berbeza.
Bangun pagi tadi..aku terus keluar.
berjalan meneruskan langkah..sambil bertanya khabar sang hati..

" hati,apa khabar kamu hari ini..negara kita menyambut kemerdekaan.adakah kau mengerti hati?adakah kau rasa kemerdekaan itu??"

sebaliknya,hati pula yang bertanya...
"kesedihan...adakah kau sudah tamat menjajahku....."

hati terus meminta mata menemani..lalu mata hadiahkan tangisan buat hati,katanya,

"hey hati!hari ini negara kita merdeka!!aku tahu kau tidak dapat melihat kemeriahannya kerana kau jauh didalam sana.tapi hati,kau istimewa..engkau tidak buta.kau dapat merasakan apa erti kemerdekaan itu lebih dari apa yang dapat aku lihat..."

pujuk si mata lagi..

"hati...ayuh..merdeka kan dirimu...tamatkanlah penjajahan si durjana kesedihan itu...."

errrrrkkkkkkkkkk....ok stop stop stop...ape merepek ni??????iskkkk....eh jom masak..tau tak cooking tuh best giler??tau???hakhak...hari ni buat karipap dengan buger malaysia....yeay!!!

bahan-bahannya ye akak dan abang..

HASILNYA.....
 
 

 nak komen boleh...tapi jangan komen kuih tuh yerk..heeeeeeeeeee.....
entry macam rojak.............

Friday, August 27, 2010

again


musim sejuk bakal melabuhkan tirai...
musim bunga sedang menanti...

again.
reminds me of something that couldn't be put in words.


aku pernah tulis dulu...bunga itu takkan sempurna jika tercariknya salah satu kelopak mereka..begitu juga dengan jiwa......jangan dicarik...sakitnya terasa......

terima kasih kepada siapa yang komen entry lepas...
entry itu hanya lukisan jiwa...tak perlu dikomen sebenarnya..hakhak..
sebab itu boleh jadi lukisan orang gila...=p

Sunday, August 22, 2010

cinta.kenapa?

"nape kau  tak accept die?macam ok je die aku tengok.."
"woi,jangan senyap..."

"malas la....."

"kau tak nak bercinta lagi??",suasana senyap.
"tapi dia baik la...."

"ini bukan soal baik tak baik..."

"ok fine.kau nak cakap yang kau akan tengok usaha dia.macam tu?berapa lama kali ni??setahun?2 tahun?jangan jual mahal sangat beb..."

"lantak kau lah...."

"eh rileks la...sori kay..jangan emo..bukak hati tu sikit.."

"ini bukan soal bukak hati..ini soal luka yang tak nampak.ini bukan soal jual mahal..ini soal tahap kejujuran...got it??"

"tapi.....jup."

"ape lagi??dah lah......malas la..kau kene ingat,setahun beb baru aku accept die....mungkin bagi kau senang untuk kau label kau jatuh cinta...tapi untuk kau realisasikan cinta kau..bukan mudah beb....usrah kelmarin aku pergi....cakap,kejar dulu cinta Dia..kerana Dia yang bagi perasaan cinta itu buat kita sesama manusia......7 tahun beb..bukan waktu yang singkat...."

"tapi dah setahun kan sume tu berakhir......"
"bertuahnya aku kalau luka 7 tahun itu hilang dalam masa setahun..."

"move on la beb...dia tak ingat dah kau dan semua 7 tahun tuh...common la..ade orang nak accept je la.."

"pity u..kau still tak faham...got to go...1 more thing,jangan cakap move on kalau kau sendiri belum rasa...dan jangan cakap ujian orang lain lagi terok..bla bla bla...sebab aku dah lebih dari faham..sebab tu lah aku perlukan masa...kejar cinta Dia."

p/s : cinta pada Pencipta pon tak terbalas..inikan pula cinta manusia...jangan haraplah kau nak bahagia dengan cinta manusia depan mata kau kalau cinta pada Tuhan masih terkial-kial.

2 detik


aidilfitri 2009,Auckland,new zealand
kisah 2 detik yang berbeza...kau,aku,dia..siapa saja kerap kali melalui dan mengulanginya...saat kau bersuka ria,gembira gelak ketawa..jarang diantara kau akan ingat detik yang menyedihkan...lalu kau alpa.kau lupa...kau bagai jauh dengan dunia ciptaan jiwa kau...namun,jika kau dicampak rasa hiba,duka,pedih sengsara....keseorangan kau terduduk..lalu segala macam kenangan indah ,gembira ,bahagia datang mengetuk hati kau....dan itu membuatkan kau lebih terluka...tercampak jauh kedalam rasa hiba....

ingatlah detik duka ketika bergembira..pasti kau akan beserderhana...
usah disoalkan "kenapa" pada setiap detik pedih yang dilalui....
sebaliknya belajarlah bersyukur...

(i wrote this just for u lumut.....please bring back the other half of u girl)