:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Friday, November 26, 2010

seperti hidup segan mati tak mahu.

begitulah perjalanan blog hijau ini..seperti hidup segan mati tak mahu.....

letak gambar sekeping boleh??.......


kewujudan blog ni adalah selepas kematian esoksemalam suatu ketika dulu..tapi tiba-tiba apabila esoksemalam sudah jauh aku tinggalkan...dia datang balik kata masih hidup...dia belum mati..aku rasa tak percaya..kerana time tuh aku sudah ada teratak hijau ni...tapi takkan aku nak buang yang baru apabila yang lama menagih kasih kembali..??ok aku merepek...

Tuesday, November 9, 2010

jauh di sudut hati..aku tak nak balik MALAYSIA

below are just few things that i pick up randomly around my mind :
  1. bila tengok nama,logo,gambar atau sesiapa yang menyebut Universiti Malaysia Pahang aku rasa sedikit sentap.jangan tanya kenapa.
  2. i do love optics and electrics thingy kot, dan quantum totally out....lepas tu thermo dan electromagnetics bakal mencabar aku lagi khamis ni.oh Tuhan.
  3. aku rindu nak memasak.....
  4. aku tak nak balik Malaysia..ini serius..perasaan untuk tak nak tinggal di Malaysia rasa makin menebal..mungkin rasa nak balik kejap-kejap jumpa family je..tapi untuk terus menetap kembali macam dulu bila aku dah habis belajar disini nanti...aku rasa itu satu perkara yang sangat berat...aku tak suka duduk Malaysia..sorry for that..ini bukan nak cerita pasal semangat patriotik ke sejarah hang tuah ke..tak kenal tanah tumpah darah ke...BUKAN...ini sekadar terapi jiwa..ianya personal....i just hate to stay in Malaysia.dats all.
  5. aku suka rosyam nor.dan aku sedih dia akan makin tua...sebab aku suka dia sejak aku sekolah rendah lagi kot...hye rosyam nor.
  6. aku selalu berdoa supaya aku tak terjumpa seorang perempuan free hair ni,pakai spec,dahi jendul,muka ada jerawat....bagi aku dia perempuan paling sial pernah aku jumpa selama aku hidup...dan aku selalu mintak pada Tuhan..jauhkan aku dari terserempak in real life dengan dia...sebab aku dah janji dengan diri aku..kalau aku jumpa dia depan mata...automatik..aku ulang..automatik aku akan lempang muka dia SEKALI secara SEKUAT HATI...aku tak kisah orang sekeliling nak kata aku gila.....aku yang lalui semua ni...jadi biar aku je yang faham nikmat dapat tampar muka dia....ini bukan soal dendam mahupun busuk hati...ini soal dia bitch....ye aku jahat.admit it.tapi kalau kau kat tempat aku pon..silap-silap kau akan bunuh dia.sape tahu?
  7. hari tuh mak aku cerita...anak buah aku 4 tahun tengok gamba aku..lepas tu dia cakap..."lamanya tak balik...rasa rindu pulak..."...aku sedih.terus buat aku rasa rindu yang membuak-buak.....tapi aku tak nak duduk malaysia.
  8. sekarang pukul 6.30 pagi dah macam kul 9 pagi plak...magrib plak masuk kul 8..masa berganjak ..summer menghampiri.
  9. bukan aku tak cuba lupakan apa yang dah berlaku..ape kau ingat aku bodoh sangat tak nak lupakan semua tuh?
  10. aku rindu aku.......mane diri aku yang dulu?mane?

Friday, October 29, 2010

readers, for the first time...come here and listen.

lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....

lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....dan aku pedengarkan buat anda semua disini.....bezanya disini aku tutup ruangan komen...terasa segan...jumpa di esoksemalam....take care....

PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz

Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…

Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….

Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.


Wednesday, October 20, 2010

12 februari 2009....

menerjah masuk membaca entry milik MOFASAD yang ini buat hati gua sedikit bergelora...bukan bergelora kerana bernafsu dengan mofasad ye..jangan salah paham plak...cubit sorang-sorang karang.....telinga,jiwa,hati,mata seolah-olah terpanggil untuk kembali membayangkan situasi dan perasaan pada 12 februari 2009 itu....

5 hari sebelum 12 februari 2009 itu....

ok baik stop...takut entry ni nanti membuai perasaan pembaca saja.haha.tengok gambar dah lah ek..mengenang kembali saat aku melangkah berat.....mengenang kembali semua detik sekitar itu bisa menggugurkan airmata seorang "budak kacak."..so baik tak yah sambung menaip...

gamba tak berkualiti..camera henpon je ni.
oh muke blur-blur tuh biasalah..orang kacak nanti famous 
susah lah farid kamil nak carik makan..haha


Friday, October 8, 2010

Dear...

Dear blog,

esok seseorang akan meyambut hari terpenting dalam hidupnya.hari dimana dia kemas berjubah dan tersenyum menggenggam segulung ijazah.hari itu dia akan berkongsi kejayaan dengan orang-orang tersayang dan terpenting dalam hidupnya.dan semestinya orang itu bukan aku.Blog,kalau angin boleh bawak ucapan tahniah ini terus dibisikkan ketelinganya,akan aku segerakan....agar ucapan tahniah dari aku dapat diterimanya tanpa melihat setitis pon airmata milikku jatuh tertumpah...akan aku ucapkan sepenuh hati ucapan tahniah itu buat pemiliknya...agar dia tahu betapa aku gembira melihat dia tersenyum bahagia...Blog,betapa aku pernah mengimpikan untuk menjadi insan terpenting yang bakal dia laungkan kegembiraan atas kejayaan nya.....yang bakal mendengar rasa syukur yang dititipkan untuk Penciptanya.....namun itu semua sekadar dinding impian yang dibina 7 tahun lamanya.....yang akhirnya runtuh tanpa ada kudrat sedikit pon untuk aku menahannya....

Blog,
menjelang hari esok........akan aku persiapkan diri aku dengan setebal tebal ketabahan...akan aku bungkuskan hati aku dengan sekeras keras kekuatan..akan aku tepis segala bisikan syaitan yang bisa mencalarkan perasaan....

terima kasih blog.kau dengar rasa dari hati ini. "tahniah........."




"lepas abang habis belajar...kerja..kumpul duit...lepas tu nak kawen dengan kamu..hanya kamu.janji."-selamat tinggal impian-




dan aku akan sekali lagi akan menulis seperti ini apabila kau bergelar "raja sehari".

Saturday, October 2, 2010

jika itu aku

gambar asal telah diedit untuk diletakkan didalam blog ini.terima kasih kepada tuan punya gambar.
tahniah kepada kawan-kawan untuk final year project mereka.

 hari ini....dengan langkah yang kemas dia melangkah menuju ke kolej kejuruteraan itu....walaupun pada awalnya dia tahu perasaannya mungkin akan sedikit terganggu...ditolak sopan perasaan keruh lalu dia duduk kemas...mata tertumpu pada butir-butir bicara kelibat dihadapannya..suara lantang,penuh yakin....dia terasa sungguh kagum dengan manusia dihadapannya...."tahniah kawan...",bisik hati perlahan.....entah mengapa kepala itu jahat memunggah segala memori lama....sial!!!masa tidak boleh diputarkan........dia mengawal pergolakan jiwa.......dia mahu jadi seperti mereka...dia mahu berdiri seperti mereka-mereka itu...dia mahu bentangkan idea-idea miliknya...dia mahu realisasikan apa ada didalam hatinya....dia mahu sesuatu untuk kepuasan dirinya...namun sudah terlambat....dia kembali tunduk.....pedih....pedih untuk menghabiskan jalan yang langsung tiada tempat didalm hatinya.......

jika aku punya ribuan anak kecil yang bertanyakan jutaan persoalan tentang kehidupan....sungguh acap kali akan aku ingatkan pada  mereka...."jangan tersalah pilih jalan....."...aku pernah rasa betapa celakanya jalan yang ini....pedih gila mahu aku habiskan perjalanan hingga penghujungnya..umpama berjalan diatas pecahan kaca-kaca....kaki sakit bukan setaka diguris malah dibelah hingga berdarah...sakitnya Ya Tuhan.....

jangan demi cinta manusia kau sanggup berkorban apa saja....boleh jika kau mahu berikan hati..tapi jangan pertaruhkan jiwa...kelak kau akan jadi seperti aku.....dilihat bahagia...namun dalamnya tiada apa.............beberapa tahun lalu..."tahniah anda berjaya menyambung pelajaran ke universiti teknologi petronas dalam jurusan kejuruteraan petroleum"..

namun,hari ini dia tersenyum pudar....

aku mohon kembalikan hati dan jiwa aku.......

Wednesday, September 29, 2010

bertunang ye

kalau boleh gua akan mengelak untuk taip entry-entry sedih....orang yang baca pon mesti bosan sambil berkata..."lu ni dah tak de keje lain ke selalu bersedih je??"...tapi pedulik hape beta....ape kalau makan nasik selalu tu tak bosan plak??isk pedulik lah...dah ni blog gua....suke ti lah kan..hakhak....

oh ye hari ini 29 september 2010 merupakan hari kelahiran akak gua..dengan kurang segera dalam jam 10.00 malam waktu auckland iaitu 5 petang malaysia...gua pon taip sms untuk beliau..."salam..hepi besday for u..may Allah bless u.take a good care of urself...=)"...butang send ditekan.ingat besday orang dan wish besday apatah lagi bagi hadiah besday ada kelemahan terbesar dalam diri gua.....tak tau lah nape gua rasa besday tuh tak penting...buat ape nak wish kat die..wish kat mak dia lagi bagus kan??hakhak...dah tuh kalau celebrate suke-suke plak..patotnya ingat sikit umur meningkat amalan plak camtuh je..dosa toksah citerlah bertambah....eh bukan lu orang.ni citer pasal gua ni...so sebab tuh lah kalau ade orang ingat ke tak ingat ke gua tak rasa pape...kalau bagi hadiah tu sumpah terharu..kalau buat surprise tuh lagi lah rasa dia macam menangis 7 hari 7 malan pon tak berhenti dek terlalu terharu...oh hepi besday juga kepada kawan blogger gua FHAD yang menyambutnya pada 25 september arituh..semoga bahagia dunia akhirat..gua tak tau lah dia baca ke tak ni..tapi harituh lagi gua nak wish...tapi disebabkan gua rasa tak penting pon ucapan gua ni..gua pon simpankan je niat nak wish beliau..hehe.dan dengar citer FRODO pon sambut besdaynya yang ke25...tahniah ye masing-masing sudah tua...hee

2 minit kemudian...akak gua balas sms gua tadi...
"thanx..sape ni eh??"...gua dapat je sms tuh gua terus cakap dalam hati..."kejadahnye plak..."...dah tuh sah sah lan nombor pelik mesti lah bukan dari malaysia..kalau bukan dari malaysia..tentulah adik lu.....ini bleh tanya lagi..ape lu ingat lu tuh hot sangat ker sampai ada orang jauh nak usha??hakhak....gua pon hampir terpinga-pinga terus reply...."shah rukh khan..."...amik kau.bleh plak tanya sape ni...haha....ade ke die kate die ingat indon mane....cissss apehalnya plak mat indon nak wish besday lu??ke lu tabur nombor tipon lu kat mamat indon??adeh die neh.....


pungpang pung pang....akak gua pon cakap...5 november ni dia nak bertunang...gua pon macam..oh ye ker...."apa tak kawen tros?tak delah membazir..."....dia cakap tak cukup duit lagi...dah tuh tunang buat ape??bukan best pon......tidur pon asing-asing lagi...hakhak...kalau ikut gua lah..kalau tak de duit....kumpul lah duit tuh then dah cukup kawen tros..tak yah tunang....kang tunang orang sekarang ni nak grand2..siap pelamin bagai...terus terang gua cakap..gua tak berkenan langsung tunang ade pelamin tu...macam.....ntah ler.pepandai lah pikir....so ikutlah.masing-masing dah besar..selamat bertunang lah untuk akak gua....

lastly...congratulation to all spring graduands 2010!!!

masa saya tengok mereka...saya teringat sesuatu..."selamat jalan sayang...all the best...abg doakan ayg berjaya..belajar rajin-rajin....abg akan tunggu ...dan kawen dengan ayg...."....-bye awak....

anggap saja seperti tiada janji antara kita.....(ok tipu kalau cakap saya tak sedih....haha)

Tuesday, September 21, 2010

senyum mereka

 kejap lagi saya ada exam ni....(perlu ke bagi tahu?haha).tapi entry ni saya dah taip 4 hari lepas then simpan dalam draft.haha

itu hari abah saya telefon tanya khabar...dan abah saya ada bagi tahu saya yang ayah,ibu,nenek,adik dan pakcik sedara awak datang rumah saya beraya.....ibu awak dari dulu sampai sekarang tak pernah kurang kasih sayangnya untuk saya....walaupun ibu awak tahu yang kita tak kan lagi bersama duduk gelak ketawa macam apa yang pernah kita lalui dulu-dulu...tapi ibu awak tak pernah berhenti mendekati hati saya....betapa wanita itu kadangkala saya rasa menumpahkan kasih sayangnya buat saya sama seperti apa yang awak dan adik-adik awak terima........dan betapa wanita itu punya ciri teristimewa dalam dirinya....masih boleh menyayangi seseorang seperti saya yang hanya orang luar dan tiada apa dimata sesiapa.....

"sampai pukul satu pagi jugaklah borak-borak...",kata abah.dan ketika mendengar itu dari abah,saya sendiri keliru tentang perasaan saya apabila teringatkan peristiwa 2 tahun lepas..itulah kali pertama dan kali terakhir awak bersama keluarga awak datang menziarahi keluarga saya.sekadar memunggah memori lama dan saya pasti si hati milik saya ini sudah makin kering lukanya....parut lama masih ada...ah itu biasa..saya mampu berdiri meneruskan hari-hari saya....dan saya sedar untuk mengulangi kisah warna-warni yang pernah kita lakarkan bertahun-tahun lamanya itu kembali....sesuatu yang mustahil..sesuatau yang kita sendiri boleh cakap "eh macam mimpi je kan??"....tapi sebagai seorang yang masih punya jiwa...kadangkala lakaran kenangan lama datang menegur saya mampu membocorkan empangan airmata....ah itu biasa.dah kata ada jiwa.hakhak.

datangnya gadis itu menegur saya disuatu hari mengadu selalu bermimpikan saya dan ibu awak....saya terima dengan sesenang rasa..saya cuba sedaya saya menenangkan hati gadis itu..sebab saya ini gadis juga..dan entah kenapa dari dulu..saya sungguh senang berbuat baik pada semua orang yang buat baik pada saya walau sebenarnya kebaikan mereka itu kadang-kadang hanya untuk mengaburi mata saya (kejam taw orang macam ni)....tapi saya tak pernah serik..saya tetap susah nak rasa orang yang senyum-senyum dekat saya tuh orang jahat....dan sikit pon tidak terselit kelat mahupun pahit dihati saya pada gadis awak...saya langsung tidak anggap itu musuh saya.....dan untuk memusnahkan rasa cinta antara kalian berdua....tersangatlah bukan diri saya.....bagaimana pernah saya katakan pada awak seawal perkenalan kita yang jika bahagianya awak bukan dari saya....saya akan biarkan awak dengan kebahagiaan itu selamanya.....dan see?awak sudah bahagiakan??hehe...tahniah awak.

makin hari saya makin susah nak marah.dan selalu sangat bersangka baik pada orang......tiba-tiba saya rasa saya macam dah tak ada perasaan pula...hahahaha.....

Wednesday, September 15, 2010

April 2007

seingat aku tarikh bersejarah nya adalah 12 april 2007....hari selasa kalau tak silap.

ntah macam mana aku tengah buat lab report yang serabut ni tiba-tiba aku teringat dekat dia...seseorang yang pernah aku kenal dalam beberapa jam dan lepas tu beberapa hari...ah ini sekadar memori yang singgah memunggah kepala hotak aku mungkin..layan kan saja...kecederaan yang aku dapat pada lutut belah kiri aku ketika main basketball adalah sebabnya kenapa aku perlu melalui 12 april ni....fikir 20 kali jugak lah aku nak operate lutut aku ni..aku still boleh jalan...tapi memandangkan nak kembali kepada normal  dan masih menyimpan hasrat untuk kembali beraksi di gelanggang bola keranjang suatu hari nanti aku setuju untuk laluinya.....ok cukuplah pengenalan. kembali pada sehari sebelum 12 april 2007...maknanya hari isnin.....

esok aku akan masuk bilik operation.....lepas abah hantar aku..abah terpaksa pegi kerja sebab ada hal penting hari tuh...."first class wad da penuh...so duduk sini dulu lah...nanti kalau ada kosong nurse tuh akan tukarkan.",begitulah penjelasan abah aku bila aku demand nak bilik sorang-sorang....ni kali ke-dua aku masuk hospital dan ini first time aku duduk wad terbuka.bukan apa,leceh lah nanti nak kene pakai tudung 24 jam...nak solat lagi....lagipun wad terbuka ni macam lagi menakutkan je...lagi-lagi toilet..pergghh..time ni aku dah mula pikir-pikir hantu apa yang bakal aku jumpa nanti...ni sume sebab pengaruh cerita hantu ni...so,berbekalkan beg baju dan surat khabar aku lepak sengsorang...bosan..seyesly bosan sampai rasa nak mengurat para pesakit lelaki wad sebelah pon ada..malangnya semuanya tua-tua belaka...tak adventure langsung kan nak mengurat orang tua...haha..so,aku baring-baring  atas katil..lepas tuh aku rasa macam....ape jadah baring atas katil??sebab aku memang sihat dan boleh berjalan-jalan..kira kalau nak suruh aku pergi melawat wad sakit jiwa pon ok je......tengah bosan-bosan aku dah mula berfikir seorang diri....."macam mana nak tidur malam ni.........isshhh...",hakhak...dasar penakut...itu hari masa masuk hospital kuala pilah,akak aku ada teman..tapi bila kat seremban dan dia lak tak cuti so kenalah aku bermalam keseorangan.....

"dik,nanti pindah ke katil 101 ye...belah sana ok",nurse berbangsa india bagi arahan.

aku just iyakan aja.....angkut beg cari katil yang dimaksudkan........jumpa je katil...aku dah mula rasa tak best...adalah jugak rasa macam nak patahkan katil tu...sebab...katil tuh tepi tingkap....katil depan,katil sebelah...KOSONG beb....."malam ni tidur awal ye..esok lepas subuh terus masuk bilik operation..awak first case tomorrow..".aku angguk-angguk je....kejadah macam mana nak lelap malam ni...ishhh.....


yang ada arrow tuh katil aku...yang ade smiley tuh....aha...ni yang aku nak citer.

"samekom weh...",datang seseorang tegur aku dengan bagi salam pon betol tak betol.aku toleh.
"waaalaikummussalam...(senyum)",aku tengok dia..aku yakin dia pompuan even nampak keras dari pandangan luarannya....tapi tak ada lah sampai ke arah nampak macam lelaki  even dress up sempoi gile but still terpancar dia seorang perempuan.aku dapat bezakan....
"nape kau masuk hospital ni??aku tengok sehat walafiat je ni...hehe..",dia cuba nak mulakan perbualan...dan soalan yang ditanya dha hampir 505 kali ditanya oleh manusia dalam hospital ni kat aku...aku pon jawab lah...bla bla bla bla...crita-crita...gelak-gelak.....magrib pon masuk waktu.dan aku cam segan mintak tolong dia teman aku pergi surau....aku kalau bangunan hospital ni memang aku samekan macam pondok dalam hutan aje...hospital ni haunted die lain macam sikit.....hehe....dia just tunggu aku solat.....aku pon malas lah nak tanya solat ke tak...aku assume dia datang bulan je la...selesai solat kitorang naik wad balik....selang beberapa jam dalam sekitar 9 malam....dia datang balik dekat aku...

"tak tidur lagi??esok operation pukul baper?",dia dah mula ajak aku borak...lepas tuh kitornag borak lagi tanya pasal family,background diri memasing and banyak ah lagi....dia kad wad tuh just temankan akak dia yang sakit tulang kot..dah berbulan macam tuh tak larat bangun..dia kata  dia suspect kena buatan orang.....aku layan kan je dia nye cter......

malam makin pekat...cuak tak cuak jugak lah katil tepi tingkap...sumpah malam ni aku tak boleh tidur.....lama pikir last-last aku pon tanya dia..."beb,bleh tak kau teman aku tidur malam ni??hehe..",sumpah buat malu jer...."apesal??kau takut ker?haha...nampak macho upenye penakut gak kau ek....",ciss dia dah mula gelak-gelak kan aku.......so pendek kan citer selang beberapa minit dia datang balik dekat katil aku sambil tarik keusi malas....."okeh,malam ni aku tidur sini temankan kau eh...jup aku nak bagitau akak aku jup kay..."...so malam tuh dia temankan aku.....so lena lah tidur aku menjelang hari bersejarah esok....bangun subuh aku kejut dia....dia macam ngantuk so aku just solat tepi katil je.....then prepare-prepare untuk temujanji bersejarah dengan doktor chan yang kacak...hakhakhak...

kenangan....

esok lepas operation dia datang katil aku lagi..time tuh mak aku dah ada dah teman..."oit...sakit tak???eh...samekom makcik.....",dia cuba berlawak dengan aku even die dah tengok muka aku ketat gila menahan sakit bila bius dah hilang.....lepas kenal kat mak aku.....dia tanya aku dah makan ke belum..aku cakap belum lagi tak berselera sebab sakit gile.....

"eh jangan nangis beb...be strong...tahan sikit...."

antara ayat last dia cakap sebelum dia blah cakap nak pegi kat akak dia.....lepas tuh aku dipindahkan ke first class wad.....dan terus dah tak nampak dia.....4 hari aku lepak dalam wad ada gak aku tunggu-tunggu dia datang untuk borak-borak......tapi tak ada sampai lah hari last aku dibenarkan keluar.......dan habis macam tuh je perkenalan singkat kitorang......rasa macam kan best kalau still contact...mesti kalau aku sedih dia boleh buat lawak-lawak bodoh dia tuh..... hmmm beb,aku doakan kau berjaya dalam hidup  dunia akhirat..dapat apa yang kau nak.......dan dipelihara dari segala kecelakaan...terima kasih sebab sudi teman aku tidur malam tuh......you are so nice kawan...and for the last part...kepada si penulis........

"jangan nangis beb...be strong...tahan sikit...."

 ciss apesal macam jejak kasih plak ni...hehe