:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, January 24, 2011

cabaran ker?

aku jumpe mende ni pastu aku rasa cam cool jugak.pastu aku nak buat...jom buat same-same nak??start from...ok nanti aku start korang pon start.nak?tak nak sudah.bia aku buat sorang-sorang.tapi buat kat esoksemalam la.ke kat sini?eh eh sini mane ade orang...sini kan rumah aku yang sunyi..boleh jerit-jerit....hoi hoi hoi.ah bosan.

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name

Day 03 - A picture of you and your friends

Day 04 - A habit that you wish you didn’t have

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to

Day 06 - Favorite superhero and why

Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Day 08 - Short term goals for this month and why

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you?

Monday, January 3, 2011

hoiiii...tahun baru???

disebabkan blog ni lepak2 gile..pergh tersangat lah lepak.................dan tersangat lah sunyi blog ni...jadik aku rasa cam lagi suke nak jerit-jerit kat sini....

HOI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


selamat tahun baru buat semua yang mengenali LUMUT....

eyp,boleh le add facebook at esoksemalam@yahoo.com....my pleasure.=)

Thursday, November 4, 2010

lelaki gatal,pompuan berangan.

heh sume mulalah nak ikut merepek bila aku bukak cerita power rangers tuh...tapi dalam diam sebenarnya aku turut terharu dengan impian korang yang tak tercapai tuh........dah bape lama hidup????kesian....hajat yang satu tuh tak tercapai lagi ye yayang....oi,macam-macam jenis watak timbul kat ruangan komen...semua merengek-rengek nak jumpa..tuh lah dulu masa kecik-kecik mak suruh belajar jangan tengok tv jangan tengok kartun jangan tengok raksaksa sumer tak nak dengar.....tengok dah besar apa jadi????

antara watak yang timbul yang menjadi hajat kepada mereka untuk jumpa adalah :

MATJUN berkata : "lumut,kalau ada sailormoon bagitahu gua,nak tengok scene dia bertukar"...wahhh gatal kau kan...nak yang seksi..nak scene bukak-bukak je....

 FRODO (sama gatal) berkata : "a'ah nak jumpa sailormoon jugak..nak tengok tukar baju..",see??kan aku dah kata frodo ni gatal...tapi tak pe ye alfrodo altomoki...itu bukti lu normal.

FNDROCKA (2 kali gatal) berkata : "Aku nak jumpa sailormoo.....",sailormoon lah woi!sailormoo tu macam lembu je..mana seksi....

NEMO berkata : "gua nak jumpa doremon!!nak pinjam poket dia la...",ah gua malas nak minat doremon...nanti dia riak ramai minat dia...agipon dia dah ramai peminat nemo...takdenye dia nak jumpa kau...

BEAUTIFUL ROSE berkata : "eh,kalau doremon datang bagitau aku ye,nak pinjam alat2 canggih dalam poket die tuh..."....heh berangan je lah lu nak jumpa doremon.doremon tu sombong mana nak jumpa orang-orang cam kita....dia tu buta ke gua lagi kacak dari nobita??

EIFFEL berkata : "aku lg tingin nk jumpa doremon ker, goku ker..", goku dah terbang naik awan bergerak dia..tahu tak goku tu orang kuat ayah pin...jangan main2 weh...

 FARAHMOQUE berkata : "mut,kalau jumpe cardcapter sakura gtau ehh..aku nk pinjam rambut die.."...sape cardcapter sakura neh??rambut banyak kutu tu ker??tak cukup terkenal lah farah..gua tak kenal..hakhak

CIMOT berkata : ".power rangers kuninggggg...aku suka yg itu..lumut,kem salam kat dye au..",woi!!!power rangers semua bukan islam lah!!mereka sume tak sunat taw.

MIEZA berkata : " suke nk jadi warne merah sbb dier ketua....",nanti aku lempang pipi kau jadik lah warna merah mieza...haha....woi umur lu baper neh??

MIER@MERR berkata : "aku nak jumpa suria baja itam....",kartun ape neh??mungkin time neh aku tak lahir lagi miera...katun tu ada kaitan nagn ilmu hitam ke ape?

TIPAH berkata : " gua tiba2 nak jumpa spongebob. lu rasa dia kering tak kalau buat pengembaran kat darat??",hahahahaha..sumpah aku tergelak gila komen kau ni tipah oii..u jangan tipah....nanti tipah tertipu baru tahu....

EZANOOR berkata : "teringin nak pakai baju power rangers...ketat woooo...", ok sumpah yang ni aku rasa rare tu pasal highlight merah sikit.....masuk air ape kau ni nak pakai baju power rangers??ape baju kluang man tak nak?
 
 berNISA berkata : "teringin lark nk jmpe lumut pkai bju power ranger pink..",sumpah nisa ni cara terbaik kalau nak buat mak mertua kau nanti pengsan..haha...

last sekali kepada yang komen cakap nak jumpa aku tuh....ape ingat aku tergolong dalam kartun ker??hakhak...eh gurau je....so kesimpulan yang boleh aku buat dari sume ni....tolong baca betul-betul...jangan tak baca entry pastuh nak ngade-ngade komen...nampak buruk sangat perangai tu nanti...em kesimpulannya.....golongan lelaki memang dasar gatal suka makhluk tuhan paling seksi...buktinya sampai 3 orang nak jumpa sailormoon...yang golongan pompuan plak dasar suka berangan.....suka pasang impian macam-macam..tu pasal ramai yang nak jumpa doremon tuh.....

Sunday, October 31, 2010

i love esoksemalam.blogspot more....

noktah sementara di sini dari aku..
oh i really miss malaysia.

Thursday, October 28, 2010

perihal blogger versi FIDA AISHAH

itu hari dekat formspring ada orang cakap kat aku "blogger sekarang dengan blogger dulu-dulu tak sama kan lumut..??"...dan aku baca tuh sambil angguk-angguk reply pon angguk-angguk sampai nak kene kat keyboard neh..dan kau nak tahu kenapa blogger dulu dan sekarang tak sama???straight to the point, semuanya jadi berubah sejak wujudnya nuffnang dan tersebarnya kelebihan nuffnang dalam bagi duit dekat blogger..... natijahnya... blogger jadi busuk hati.blogger jadik kebudak-budakan tak pandai fikir,blogger jadik tak ikhlas,blogger jadik cepat melatah,blogger jadik busuk hati busuk hati dan busuk hati.itu je lah yang aku nak highlight sebenarnya......dan mulai hari itu aku perasan semua orang nak buat blog...disebabkan buat blog ni free dan mana ada "orang melayu" suke tolak mende free (ini budaya melayu,setuju?)....semua orang mahu kejar duit nuffnang sampai ada yang menjadi busuk hati....biasalah..ini lah hakikat namanya manusia..lagi-lagi yang bergelar melayu..cepat sangat melatah dengan perkara remeh.


dah dengar isu blogger bernama fida aishah dengan blognye adifstory tu??dah dekat seminggu aku dok baca entry-entry lama dia...dan sehingga semalam aku dah berjaya baca sampai entry-entry sekitar bulan julai....aku tak kenal siapa beliau.dan aku tak pernah sekali pon tinggalkan komen pada entry beliau...aku ada satu masalah dimana aku tidak suka merapati manusia yang sudah dikenali..kerana aku ini picisan dan aku ada masalah apabila aku berfikir bahawa manusia picisan seperti aku kalau aku hadir dalam hidup mereka yang sudah dikenali pasti tidak akan dihargai..kerana itu aku duduk jauh memerhati...aku lebih suka komen pada entry-entry mereka yang meulahkan masalah dan rasa hati...mereka yang rasakan life ini sux..mereka yang dikhianati celakanya perangai manusia..sebab dulu aku buat blog kerana aku ingin manusia sekeliling aku yang aku tak kenal tarik aku dari dunia kesedihan dan pengkhianatan itu...dan ajar aku apa itu namanya hidup secara mendalam...dan mungkin sebab tuh aku lebih mudah mendekati blog-blog yang memerlukan seseorang berkata-kata pada mereka...

isu FIDA AISHAH yang dituliskan DISINI betul-betul tak memberi kesan pada aku langsung..sikit pon tak..cuma semalam bila aku mahu sambung kembali baca entry bulan julai...aku terhenti.blognya ditutup seketika semalam...aku yang tak tahu dan tak amik tahu pon mende remeh-remeh dekat dunia blog ni memang blur-blur lah kenapa tetiba tak leh access...sehinggalah aku jumpa satu entry dan aku mula faham lah entry yang fida aishah tulis pasal dia dikecam....aku baca semua komen-komen yang berjumlan 300 lebih itu di sana...dan aku rasakan......lumrah melayu lah....isu sekecil ini dirasakan kesalahan besar....dan aku cuma mengeluh.....terus terang aku cakap..memperbesarkan isu fida aishah tuh adalah satu perkara lawak.....mengapa mahu dikecam gadis itu??apa kesalahan dia sebesar kau yang buang anak?kesalahan dia sebesar kau menggoda jantan??apa kesalah dia sebesar kau mengkhianat??apa kesalahan dia sebesar kau si perogol jahanam??apa kesalahan dia sebesar manusia atasan yang selalu makan duit rakyat??tipu rakyat??

fida dikatan menipu readers apabila dia mengaku gamba bukan dirinya sebagai dirinya yang bernama fida aishah gadis kacukan..dan manusia yang kononnya sedih terasa dirinya tertipu (ape jadah??ini blog tahu..bukan mahkamah..) terus melatah dan rasa kecewa......alahai..ini blog lah sayang....jangan ditelan bulat-bulat pada penulisan blog....lain orang lain caranya.....dan ade komen cakap mereka perasan fida aishah ini seorang yang berlagak disebalik penulisan putisnya..dan aku rasa ye benar...ada nampak disitu....tapi come on lah...belajar terima kekurangan manusia dari cari kesalahan mereka boleh??dan sekali lagi aku nak pesan..ini blog..buat blog free menulis blog pon tak perlu kan kelayakan..so take it easy people..............................come on lah..maju sikit berpikir..banyak lagi isu lain kita boleh fikir tahu?

dan jawapannya mudah...semuanya berpunca dari masalah hati...jagalah hati jangan dibiarkan jadi busuk.dan sekali lagi aku nak pesan.....menulis di blog dengan dunia realiti tak sama....apa kau percaya jika aku kata yang menulis disini bukan seorang perempuan tapi seorang abang kacak yang tak famous macam farid kamil??heh...inilah blog...sekadar suke-suke.....fantasi.

Thursday, October 21, 2010

perihal BLOGGER

satu : jenis yang suka gebang pungpangpungpang pasal life dia...so kita nampak life dia perfect sesangat..akan share benda yang best-best dan happy-happy jer.....jarang post entry sedih sedih...kira kalau baca entry dia kite pon akan rasa life dia heaven gile.tapi hakikatnya........................life dia tak macam tu....in real life,dia seorang yang lonely,tak reti bersosial,dan life die dull sebenarnya.mungkin dia tulis blog untuk tunjukkan yang hidup dia heaven ataupun dia ingin kan cara hidup sebegitu yang sebenarnya dia tak ada.

dua : suka blogwalking...lepas tuh tak baca entry...komen setakat..."=)...",tak pon komen "waaahhhhh..."..tak pon komen..."ok"......kalau ada yang lagi teruk,tak baca entry lepas tuh nak komen sebab nak tunjuk pada tuan blog yang dia lah pembaca tegar si tuan blog.....lalu mulalah wujud komen-komen berbentuk soalan yang jawapannya dah tulis terang-terang dalam entry...contoh kalau penulis cakap dia berak 3 kali sehari...dalam komen bleh tanya lagi.."berapa kali berak sehari.."...so,ape kes??kantoi tak baca entry derrr...

tiga : jenis yang suka tulis entry sedih-sedih..pasal kekecewaan percintaan,pasal pengkhianatan manusia..pasal kesempitan hidup..dan totally pasal masalah lah...jadikan blog tempat meluahkan..so readers semua akan rasa "kau apehal asik bersedih je...get a life lah weyyy..."....sedangkan in real life dia tak begitu..in real life dia seorang yang hepi je...gelak-gelak...in real life die nampak perfect...langsung tak nampak bermasalah...so blog mungkin sekadar tempas melempiaskan kesedihan..

empat : jenis yang orang ada blog dia pon nak ada blog tapi still tak puas hati dengan blog orang lain..tak puas hati dengan betapa bestnya blog orang lain..so kalau orang tuh memang dah best...suke hati lah dia nak bukak blog banyak mana....dia pindah mana-mana pon readers dia mesti follow...but then ada yang tak puas hati...ape kes??ketagih sangat ke duit nuffnang??jangan tunjuk perangai busuk hati tuh boleh?

lima : silent reader....seorang yang rasa merendah diri untuk tegur blogger yang dia rasa kagum...sampai rasa kalau dia komen pon penulis tuh tak baca kot sebab dia kagum sangat dengan penulis tuh..dan ramai lagi yang kagum dengan penulis..jadik dia sekadar jadik silent reader......merasakan dirinya sangat picisan...

enam : yang buat blog untuk lepas kan rasa tak puas hati..kutuk mengutuk maki memaki tuh dah jadik sebati lah dengan entry blog dia....namun in real life dia sangat baik melayan kerenah manusia...bicara nya tersusun sopan..cuma blog sahaja dijadikan tempat melepaskan amarah...sebab in real life dia sangat jaga hati manusia sekelilingnya...namun penulisan dan makian nya disalah anggap..orang fikir.."dekat blog dah teruk kat luar apetah lagi...ish teruknya macam setan.."....sedangkan dia in real life sangat lah menjaga perasaan orang.hipokrit??memang perlu ape??sebab manusia itu sukakan kesempurnaan...semua orang pon hipokrit ape..bet on me.

tujuh : perasan cantik dan kacak...letak gamba muka sendiri sahaja (ulang muka sendiri sahaja) tanpa latar belakang mahupun latar belakang dinding putih..amik gamba guna henpon tempek merata-rata di blog..orang macam ni bagus..begitu menghargai diri agaknya..sampai nak ajak orang tengok kecantikkan wajah miliknnya....dan mereka berani...tak takut kalau gamba mereka dibomoh kan oleh sesape?manelah tau kan ade orang terpikat dan bomohkan kau..ha tak takut ker?so mereka ni berani.

lapan : tak pernah tunjuk perangai atau kata-kata kesat dalam blog...tujuannya agar ramai orang berkawan dengan dia..orang akan fikir..penulis seorang yang baik...so ramai yang nak berkawan...cakap pon baik-baik je dalam blog....namun sebaliknya dia jenis tikam belakang.makan kawan..makan jiran..ah segala.tapi orang macam ni aku rasa buat blog sebab nak carik jodoh..nak carik kawan sebab in real life die pemalu tak banyak cakap...

last sekali : nak kejar populariti.nak ade hit beribu-ribu nak jadik femes macam farid kamil. tapi muke tak lawa macam lisa surihani...ada dua blog lepas tuh orang kata nak kejar duit nuffnang..ape duit penaja bagi tu tak cukup???ada dua blog sebab gila populariti...tapi tak rajin blogwalking...jarang nampak komen-komen ..ish sombong betul...susah lah nak kaya dengan duit nuffnang..cmne nak beli tiket balik malaysia nanti??susah lah nak femes....entry selalu emosional,in real life orang kata nampak sangat cool...blablablabla......dia memang teruk..ntah pape..tak berkualiti..blablabla..ah malas nak layan.

yang last sekali ni aku rasa aku...ye memang aku....ok tak?

as conclusion...jangan pertikaikan apa yang orang tulis....buat blog free..so take it easy boleh???blog dan real life tak sama..jangan samakan..baca tulisan dengan dengar lisan tak sama..jangan samakan....kawan blog dengan kawan in real tak sama....diri penulis dalam blog dengan real life juga tak sama....so take it easy....