:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Showing posts with label lumut. Show all posts
Showing posts with label lumut. Show all posts

Monday, January 24, 2011

cabaran ker?

aku jumpe mende ni pastu aku rasa cam cool jugak.pastu aku nak buat...jom buat same-same nak??start from...ok nanti aku start korang pon start.nak?tak nak sudah.bia aku buat sorang-sorang.tapi buat kat esoksemalam la.ke kat sini?eh eh sini mane ade orang...sini kan rumah aku yang sunyi..boleh jerit-jerit....hoi hoi hoi.ah bosan.

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name

Day 03 - A picture of you and your friends

Day 04 - A habit that you wish you didn’t have

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to

Day 06 - Favorite superhero and why

Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Day 08 - Short term goals for this month and why

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you?

Thursday, November 18, 2010

sudah tidak semesra dulu

Assalammualaikum untuk semua warga kampung alam maya khususnya dunia blog.

smart jugak kan mula-mula taip entry bagi salam macam YB....................................walaupun auckland makin sunyi..aku tetap meneruskan hari-hari aku seceria yang aku mampu...bangun pagi mesti jerit..."selamat pagi fika!!"...agar diri aku tak rasa sunyi...ah gile....tapi bile lagi nak jadik gile kan???hari ni hari penat jugak.......lepas pergi sign contract..diserahkan uniform...bla bla bla mula kerja ari isnin............aku terus lagi naik bas untuk selesaikan urusan yang tak terurus....sebelum itu.....on the way nak pergi jumpa manager tu tadi...........macam malang juga apabila lutut aku terhantuk dekat bucu tembuk mase nak selekoh..semua ni gara-gara aku  buat kerja last minute dan lagi 10 minit aku pecut ke tempat berkenaan.....sakit gile lutut lebam teruk gak ni...masa terhantuk tu ade 2 teksi depan aku...aku cover je buat-buat tak sakit konon macam badang lah?

kenapa ek aku rasa aku macam dah tak reti tulis blog neh?kenapa?

bukan tu je...aku rasa aku juga sudah tidak semesra dulu dengan blogger....sekarang ni aku bawak diri aku terpencil jauh dari manusia didunia maya juga dunia realiti...ye ker??????????

berikut adalah senarai aktiviti ketika cuti 3 bulan summer ini :
  1. kemas rumah untuk pindah
  2. sudah tentu kerja setiap hari start pukul 8.
  3. seminggu sekali bersihkan gym..masih teruskan kerja yang lalu.
  4. kelas gitar..cewah.
  5. blogwalking sampai muntah kalau  tak penat balik kerja.
  6. bulan januari start summer school!!!yeay!ada yang dah balik sini time ni.
tadi aku beli ketam...so jom memasak...sekian.

Friday, October 29, 2010

readers, for the first time...come here and listen.

lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....

lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....dan aku pedengarkan buat anda semua disini.....bezanya disini aku tutup ruangan komen...terasa segan...jumpa di esoksemalam....take care....

PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz

Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…

Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….

Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.


Thursday, October 14, 2010

aku mahu kembali

dulu bukan sengaja aku putuskan hubungan kita....bukan sengaja aku tinggalkan kau sepi dibelakang sana...bukan sengaja aku tak toleh kau setiap hari seperti sebelum ini..dan aku juga bukan sengaja untuk mencari yang baru......

dan hari ini aku rasa aku mahu kembali pada kau.....

ESOKSEMALAM adalah blog pertama yang aku buat dan dedahkan pada public...dikenali sebagai lumut aku mula menulis dan meluahkan disitu....satu hari blog tu buat masalah dan pernah satu hari tu blog aku hilang just boleh login dekat dashboard je....aku sendiri tak sure apa masalahnya....dan sampai lah satu hari dia buat masalah masalah masalah lagi..akhirnya aku mengambil keputusan mengundur diri...

tapi semalam....emtah macam mana...aku ngade-ngade nak masuk esoksemalam......dan nyata dia sudi menerima aku semula......."welcome back lumut!!i really miss u...."...jerit blog aku dengan penuh excited....betapa dia rindukan aku rupanya....ok lah.......

aku rasa aku mahu kembali dekat esoksemalam.....dan blog ini bakal ditutup.....sekian...

jumpa lagi nanti bila aku tak busy...=)...so kita jumpa disana nanti ye...

Monday, October 4, 2010

kepala otak

member ajak pegi pantai semalam.dengan teragak-agak gua tolak...dalam hati seyes nak follow..namun gua lepaskan sumenye sebab untuk menempuhi hari ini..tapi akhirnya tetap berakhir dengan keluhan......dapat kertas sialan...eh silap taip lak..bukan sialan,huruf "o" dengan "i" sebelah-sebelah je..tu yang tersilap tu...so dapat je kertas soalan...soalan pertama terus tanya formula apakah bla-bla-bla.... gua punggah kepala hotak carik formula yang dihafal..... jadah sume tunggang langgang...x ,p,alpha,theta,gama,delta,z,negative,positip sume bersepah... sekelip mata gua isytiharkan diri sendiri "blank" dengan tiba-tiba....gua rilek-rilek kejap...symptom macam ni memang biasa untuk manusia yang tak well prepared.PADAN MUKA...minah bangla depan gua rakus gila jawap kejap je kertas penuh dengan dakwat pen..."saiko gile budak ni...nak tunjuk genius lah tuh",bisik hati jahat.....gua dah gelabah...time ni gua dah mula nak pasang niat darjah 3 dulu tiru kawan sebelah...tapi tulisan minah bangla depan tuh tentulah macam bangla so susah nak baca.sakit gile kot mata nak fokus..hmmm....perkara duniawi pon masih susah untuk gua settlekan..ini pulak akhirati nanti...erk,duniawi lawannya akhirati ker???dan akhirnya gua tamatkan perjuangan dengan kekecewaan...tak payah cakap.gua tau tak de sape salah..bukan salah lecturer apatah lagi salah penaja.ini sume salah gua....

dari kecik...makcik-makcik gua,nenek gua,mak abah gua selalu cakap gua budak yang pandai motivate diri sendiri...sebab tuh abah tak pernah risau sangat nak lepaskan gua kemana saja. berbanding kakak-kakak gua...dan apa yang gua cakapkan juga diyakini.....kepercayaan abah dekat gua sangat tinggi mengalahkan kepercayaan beliau pada dua anak jantan beliau yang kadang-kadang je gua rasa berguna..selebihnya...hanya Allah saja yang tahu kesabaran gua terhadap lelaki-lelaki bergelar abang itu..dan mungkin sebab kepercayaan yang diberikan oleh mak abah gua...makcik-makcik..nenek nenek..buatkan gua pandai melangkah dengan terselit sedikit ego dalam diri gua...kami ini orang kampung.dan mungkin kerana itu juga mereka bergantung harap pada gua...oleh itu,gua susah gila nak tunjuk yang diri gua lemah mahupun sedih....bukan susah,tapi tak boleh...apa adanya dalam hati gua..memang gua sorokkan jauh didalam sempitnya urat saraf dan juga derasan aliran darah......dan dari kecik bila gua give up...gua akan selalu cakap pada diri sendiri..."kalau orang lain boleh buat...takkan aku tak boleh..."....itu benda yang selalu gua sogok buat si hati kalau give up...tapi sekarang ni....gua rasa sogokkan tuh dah tak boleh pakai dah......gua dah mula faham sesuatu....

"jangan samakan diri kau dengan orang lain....apa yang mereka lalui tak sama dengan apa yang kau lalui...dan jangan nak cakap kau faham apa yang mereka lalui....sebab kau cakap begitu hanyalah untuk sedapkan hati mereka..tapi sebenarnya kita tak sama....."

dan sebab tuh apa yang orang lain boleh buat.gua dah tak mampu nak buat......
tapi dalam hati gua masih terselit bisikan harapan.."nursyafiqah mana boleh give up..."
saya minta maaf pada diri saya sendiri.semakin hari semakin rasa hilang anak abah yang dulu..alah,yang macho tu.

Monday, September 27, 2010

rindu serindunya

RINDU

 
dear rindu,

kalau boleh awak jangan dekati dia.bila dia rindu dia tahu dia tak mampu untuk buat apa-apa.lagi-lagi jika awak si rindu datang bersama memori lama..awak heret saat bahagia yang berkurun lama itu datang menyapa dia.buat apa?rindu,bila sampai masa awak asyik sangat menegur dia...dia bagai tak mampu untuk menolak..lalu dia melayankan saja awak si rindu..gagal akhirnya catuan empangan airmata.empangan pecah mengalir tak mampu disekat....tapi jiwa dia tidak terluka.dia sekadar rindu sahaja.sekejap cuma.sampai masanya nanti dia tahu awak si rindu akan pergi biarkan dia...awak datang sekadar menyinggah dan menegur jiwa dia.....dia itu jiwanya biasa dan tak salah untuk dia merindu.

walaupun dia merindu pada sesuatu yang tak sepatutnya...tapi dia tak mampu untuk melawan pekasanya awak si rindu...jangan rindu bayang-bayang jahat.nanti sakit.

Wednesday, September 8, 2010

susah

susah betul nak taip entry.sebabnya kene pikir tajuk apa yang nak letak....aku sebenarnya tak ada lah rasa nak menaip sangat...tapi disebabkan cuti yang 2 minggu ini bakal berakhir.....aku rasa macam nak merepek je kat sini.....dengan jayanya cuti kali ni aku tak pergi jalan-jalan langsung.....duduk bilik...tengok asimen yang melambak...yang payah nya aku tengok sahaja..bukan buat..sekadar tengok...hakhakhak......

mood raya langsung tak ada....langsung....

aku sedih plak ramadhan dah nak habis..ntah kenapa aku suka sangat bulan ramadhan...kalau jiwa kacau pon..banyak masalah macam mana pon..rasa tenang dia lain macam.....entah lah.....baru-baru ni abah aku cakap "undang-undang terbaru new zealand dah tak boleh post makanan..."...cissss....kejadahnya??bukan nak post dadah ke ape...setakat kuih tart dan tempeyek je kot...kecoh btol lah.....

dan terakhir sekali nak taip...aku rasa penyakit tuh macam makin melarat...tapi kenapa dia tak nampak macam orang sakit???dia gelak-gelak....masak-masak....lepak-lepak.......dia menolak untuk pergi jumpa doktor.....kata dia...."saya dah google...dan saya takut apa yang bakal doktor katakan...sebab tuh saya tak pergi jumpa doktor...tapi saya yakin akan sembuh nanti......".....its keep bleeding.............................dan sekarang mende tuh dah almost 1 week............pernah juga dia terasa nak share dengan someone..but then...who's that someone yang boleh die bagitau.....none of them...tak ada......akhirnya dia sekadar menulis......SENYAP.

 ini kampung saya....=)

best kan kalau pandai melukis??....boleh lukis apa yang kita rasa....

tapi saya tak pandai.....

Wednesday, September 1, 2010

she

 -150 juta-

i know her better.................eh eh of course la kan...so??do know yourself first....sebab nak kenal diri sendiri lebih susah lagi dari menilai diri orang lain....ecececey....tata~~~

aku excited ni jumpa blog orang nama LUMUT PAGI...HIJAU LUMUT...wahhh..dah jumpe dah adik beradik blog saya yang terpisah...hakhak...sape kate lumut tak komersial dan nama lumut tu pelik..mane ade..hehe

Sunday, August 29, 2010

sesuatu

gua rasa gua ada sesuatu yang "rare" yang gua alami lately.mende ni gua tak pernah alami sebelum ni.....gua ingat sekali je tapi ni macam dah belarutan....terselit juga kerisauan dalam hati sendiri...nak share dengan family sumpah tak payah lah....bukan boleh buat apa selain menambahkan kerisauan mereka...jadi gua decide simpan sendiri....kalau makin teruk nanti..."gua mesti pergi jumpa doktor",berkata la gua didalam hati..tapi...isk...selama duduk kat sini gua tak pernah lagi jumpa para doktor new zealand ni face to face..setakat usha dari jauh je adalah....cuaklah.

ah lupakan..mende yang datang menguji jangan dilayan sangat....just get over it...orang pesan kat gua..jangan meratapi or layan sangat masalah..sebaliknya selesaikan...bila gua rasa macam terlalu banyak sangat mende serabut dalam kepala..gua akan amik masa untuk being alone.gua akan duduk sengsorang tanpa buat apa-apa...just need some time kot untuk diri sendiri.jadi semalam dan semalam juga gua sorang-sorang kat rumah..hari sebelum semalam gua buat kuih "tepung pelita"...lepas buat lapisan bawah yang kaler hijau tuh..gua biarkan dalam peti ais tanpa bubuh lapisan atas yang santan tuh...dan sampai hari ni kuih tu terbiar.perangai gua pelik...gua juga makin hairan.

ini kisah semalam pula,

lepas balik kerja gua tekad nak masak.itu saja cara untuk layan kepala gua yang serabut..memasak is the best way to clean up everything yang serabut dalam kepala mahupun jiwa.cooking tu heaven tau??gua masak pula kuih "buah melaka" diikuti roti jala,kari ayam,dan ayam goreng...ayam goreng yang sepatutnya nak dijadikan ayam masak merah terngendala dek kerana blender budak rumah bawak pergi trip...jadi takkan nak kisar cili kering guna gigi???cisss..gua simpan balik cili kering yang dah siap direbus tadi....tauhu kering dengan so-on yang dah siap direndam gua tak jadi nak masak memandangkan sudah masuk waktu berbuka...sesi masak-memasak yang mengambil masa 1 jam setengah tamat..gua tengok makanan banyak sape nak makan??

gua amik handphone..."beb,datang umah aku ek makan".

sekian....

bercerita pasal doktor...saya teringat dr.chan yang operate lutut saya april 2007 tuh....dia tuh kacak...tapi dah kawen...so apa motif cerita dr.chan kat sini lumut??entah..sekadar mengenang jasa beliau..hakhakhak..

cooking sangat best...

Sunday, August 22, 2010

2 detik


aidilfitri 2009,Auckland,new zealand
kisah 2 detik yang berbeza...kau,aku,dia..siapa saja kerap kali melalui dan mengulanginya...saat kau bersuka ria,gembira gelak ketawa..jarang diantara kau akan ingat detik yang menyedihkan...lalu kau alpa.kau lupa...kau bagai jauh dengan dunia ciptaan jiwa kau...namun,jika kau dicampak rasa hiba,duka,pedih sengsara....keseorangan kau terduduk..lalu segala macam kenangan indah ,gembira ,bahagia datang mengetuk hati kau....dan itu membuatkan kau lebih terluka...tercampak jauh kedalam rasa hiba....

ingatlah detik duka ketika bergembira..pasti kau akan beserderhana...
usah disoalkan "kenapa" pada setiap detik pedih yang dilalui....
sebaliknya belajarlah bersyukur...

(i wrote this just for u lumut.....please bring back the other half of u girl)