:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Showing posts with label basketball. Show all posts
Showing posts with label basketball. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

petang itu

lagi sebuah entry untuk kepuasan diri sendiri,sebuah catatan peribadi.

petang tu...seperti biasa mereka sms ajak turun....bola keranjang.salah satu sejarah luka yang sudah jauh aku tinggalkan....namun ntah mengapa hingga hari ini aku masih memberikan ruang untuk diri aku terus bergiat dalam permainan ini.....seakan punya chemistry yang teramat kuat dan masih punya tempat dihati....jadi apabila ada yang mengajak tak kisahlah sekadar join main,atau pon memerhati...aku seakan susah sangat untuk menolak...apa pon kesan operation akibat kecederaan di lutut 3 tahun lalu menyebabkan aku terpaksa meletakkan limit dalam setiap pergerakan....sudah tidak selincah dulu dan aku sendiri slow-slow menghampiri "zon bersara"....namun berhadapan dengan mereka yang jauh lebih hebat kadangkala memberi sedikit semangat untuk aku apabila ada diantara mereka seolah-olah memberi penghargaan buat diri yang tak seberapa ini....

 

aku tiba sedikit lewat.dari jauh aku perhatikan wailin (bukan nama sebenar) sudah tiba di court...bersama wailin aku nampak 2 orang lelaki sebangsa dengannya yang tak pernah aku jumpa sebelum ni...lelaki cina itu tinggi,badan boleh tahan perkasa,seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju hitam....dari jauh aku perhatikan "shooting" mereka.kedua-duanya nampak sama hebat..dan semestinya jauh lebih hebat dari aku....

tamat game petang tu aku terima message dari wailin...."fiqah,they amazed of u...they said that u have the skills!!"....baca message wailin terus buat aku tersenyum.....walaupun team aku kalah dan langsung tak berjaya nak block shooting both of them tapi bila baca apa yang ditulis wailin buat aku rasa berpuas hati....at least we still gave them a fight...dan malam tuh vincent (bukan nama sebenar) member kepada wailin tu drop a message dekat facebook.."u're the super shooter girl".....aku baca sambil tersenyum....sumpah segan bile orang yang power dan kau rasa kagum gile tadi cakap macam tuh kat kau.teringat pula dulu,chris (bukan nama sebenar) pernah jerit "woah..she's the man!!!"....dan sejak dari time tuh mulalah orang nak sakat aku.tiap kali aku pegang bola mereka akan jerit "she's the man got the ball!!" dan teros aku jadik segan...cisss..dan  satu hari masa inter-resident tournament.. team aku bertemu dengan team chris....malangnya team chris kalah ditangan kami.then after game dia datang dan bisik dekat aku.."u play like a man..."...aku pandang chris dan senyum....segan gile bila seorang lelaki cina yang hebat giler cakap macam tuh dekat kau....

mungkin bagi sesiapa yang baca takkan rasa apa...tapi begitulah macam mana basketball boleh buat aku tersenyum.....terlalu banyak cerita dan kenangan bola keranjang dalam hidup aku...aku boleh ketawa,bersemangat,menangis,marah,juga belajar appreciate,tolerate,respect others sikit sebanyak dari permainan ini......semuanya tentang pahit manis.

teringat pula kisah kau dan aku....ok please stop now.

Sunday, September 26, 2010

untukmu perempuan

al kisah :

aku ada seorang kawan.namanya haikal (bukan nama sebenar).masa awal tahun time summer baru aku kenal dia dan start dari tu aku baik dengan haikal.rumah dia dekat dengan rumah aku buatkan kitorang selalu gerak pergi dan balik main basketball sama-sama..kadang-kadang haikal tunggu aku takpon aku tunggu haikal..haikal ni tinggi,putih dan diakui ramai dia kacak.kira muka ada market...tapi sombong kalau baru kenal...dia suka mencarut tapi bukan kaki mengayat...dia suka dengar cerita orang...suka tanya pendapat dan kadang-kadang manja nampak macam budak-budak tapi ada masa boleh jadik serious dan sangat dewasa....haikal not into basketball sebab dia more to football..tapi time summer bebudak main bola ramai takde..jadi dia decide aje ikut we all main basketball...dari situ aku kenal haikal...time summer banyak masa terluang berbanding sem biasa.so we all bebudak basketball selalu ada masa untuk jumpa each other memandangkan kami semua lain course.termasuklah haikal...masa main basketball,kalau divide team...haikal akan selalu nak cheating tukar team sebab dia nak team dengan aku...aku tau dia tipu dan dia akan tunjuk isyarat senyap...aku senyum tanda faham....masa tengah game aku tanya haikal...

"kenapa tukar??"
"aku nak team dengan kau...sebab kau sifu aku..hehe..".
"ngada-ngada....ok make sure team kite menang...passing tengok orang..jaga zon dan hands up kalau orang depan kau nak shoot..main jangan gelabah macam semalam...kau tinggi make sure rebounds bola...lagi satu nak shoot aim board ok??..".time tuh lah haikal kenal aku..dan aku sikit sebanyak kenal haikal.apa yang aku perasaan haikal ni sukakan perhatian dan setiap kali dia nak try shoot aku akan jerit "haikal shoot!!board!!"..kalau bola masuk..dia akan pandang aku senyum bangga...kalau tak masuk dia akan buat isyarat sorry-sorry...itulah 1/10 pasal haikal.sebelum terlupa haikal masih single.

seorang lagi lin(bukan nama sebenar)..lin juga kawan aku tapi tak sama course..seorang yang peramah,pandai melawak,mudah mesra tapi kadangkala sensitive...dia suka bercerita dan tak suka orang tak dengar apa yang nak dia ceritakan...selalu risau diri tak putih macam perempuan lain....kadangkala nampak lost dengan identiti sendiri...dia pernah cakap dia dengan lisa surihani bagai langit dan bumi...tapi body lin boleh tahan dowh...aku tahu lin sedang mencari cinta...seorang yang suka perhatikan lelaki..dan seperti perempuan lain lin juga memuji jejaka kacak....apa yang aku risau...dia mudah sangat jatuh cinta....pernah dulu terkantoi lin suka seorang kawan aku namanya alif (bukan nama sebenar)...semuanya bermula masa aku ajak lin join main basketball..tapi malangnya alif suka aku dan aku pon pernah gak suke alif dalam diam....tapi macam biasa...untuk hubungan yang lebih serious...aku tak rasa alif lah orangnya...walaupun alif tahu aku suka dia dalam diam..dan suatu hari dia bagi tahu aku dia suka aku....tapi akhirnya  aku cakap berkawan lebih baik...hubungan aku dengan alif...tetap macam biasa...kalau jumpa still senyum..gelak-gelak..tegur-tegur...main basketball sama-sama...sesuatu yang diluahkan tuh sikit pon tak merosakkan persahabatan kami...aku bukan jenis buang orang dari senarai hidup aku even aku pernah tolak perasaan kau pada aku...tapi jauh dalam hati aku...aku nak sangat kau dengan aku terus jadik kawan yang sebenar-benar kawan...alif dan aku bukan macam orang lain...bermasam muka lepas cinta ditolak...dan sebab tuh aku decide untuk terus kawan dengan alif macam biasa...alif pon ok...dan sekarang alif  pon dah ade awek..hehe...tapi lin nampaknya kecewa bila akhirnya dia dapat tahu alif suka aku bukan dia....uisssh...biasalah tuh.


pendekkan cerita suatu hari..lagi sekali aku ajak lin turun main basketball dengan kami..and same goes to her...dia pon not into basketball...sekadar main suke-suke boleh la.......dan masa hari yang sama haikal pon sms cakap nak turun sekali...and for the first time lin dengar nama haikal bila she asked me siapa yang turun main petang tuh..."kacak ker??budak course mane?",antara soalan yang terkeluar dari mulut lin...
"hmmmm...orang kata kacak..so kacak lah kot...dia single beb...haha..kau tak kenal dia.jup lagi tengok sendiri"...sebelum aku bawak lin jumpa haikal..aku dah mengagak lin mesti akan jatuh hati pada haikal....dan instinct aku ni kuat..jangan memain..aku dah mengagak pada awalnya..sesuatu pasti akan berlaku...
"ehem....woi..rambut baru nampak.....",aku kacau haikal.dia lak dah malu-malu.
"lambat gile kau turun..mane budak lain ni??"
"jup gi turun ah tuh..haikal,kenalkan member aku lin..lin ni haikal.",haikal pandang lin lepas tuh buat bodoh terus main ipod balik..hah camtuh lah perangai sombong kalau baru kenal haikal.

tapi petang tuh sumenye ok..lin kan peramah..mudah mesra...jadik aku tengok lin dengan haikal makin rancak berborak....so aku assume everything ok...hehe...dijadikan cerita...lin sudah mula sukakan haikal....mula-mula aku dapat tahu...aku macam biasa dah bersedia..dah biasa dengan perkara ni...."jangan menaruh harapan sangat lin..nanti kecewa susah...".hari demi hari lin angau ah cam biasa....kalau jumpa haikal tengah jalan then haikal tegur dia dan borak-borak...kalau lepak haikal ade...lin nampak gile excited. dan sentiasa cari peluang untuk duduk dekat haikal...owh...its too obvious...she shouldn't be like that...dan akhirnya dia assume haikal pon sukakan dia....disitulah silapnya..terlalu awal buat assumption...makin hari makin ramai orang perasan lin sukakan haikal..dan akhirnya sampai juga ketelinga haikal yang lin punya perasaan pada haikal.....natijahnya....haikal makin menjauhkan diri dari lin..dan akhirnya tidak bertegur sapa...kalau tak dulu meriah je tengok diorang berborak..tapi sejak dari tuh....renggang...lin macam tak boleh terima bila haikal baik dengan sorang perempuan ni...boleh tahan cun gak lah....dan haikal pulak macam tak selesa bila dapat tahu lin sukakan dia......

see??"kau dan dia yang dulunya kawan akan jadi bukan kawan apabila kau...tak pon dia meluahkan perasaan untuk menjadi lebih dari seorang kawan tapi hakikatnya salah sorang hanya bertepuk sebelah tangan...."

disebabkan ni blog aku..aku nak tulis sikit lah...haha....tak semua orang macam aku beb...maksud aku kat sini.....even aku tak boleh terima seseorang itu sebagai kekasih...tapi sampai bebila pon aku boleh treat dia macam mana aku treat dia as kawan macam before dia confess...kalau dulu borak-borak kutuk-kutuk...aku still act same macam tuh..kalau dulu belanja makan ataupun beli kan air....aku tetap akan macam tuh...melainkan....dia yang menjauhkan diri dari aku....kenapa beb kalau sebelum wujud perasaan cinta tuh kita boleh bahagia as kawan...tapi disebabkan timbul perasaan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan kita musnahkan persahabatan kita...kenapa??tadi jumpa haikal dekat open house..lame gile tak nampak die..masing-masing busy...haikal tetap sama.....

(hijau dialog haikal hari ini dan biru aku)
"pedas lah mee ni....". - "bukan kau makan pedas ker?"
"ni kek aku amik tadi kau makan ek..." - "tengok lah dulu...haha"
"apesal senyap..mengantuk??kalau ngantuk gi ah tidur kejap" - "takkan nak tidur kat sini??"
"tunggu dulu nak ikat tali kasut..." - "cepatlah..leceh lah dia ni.."
"bila naik bukit rasa tercungap-cungap..lama dah tak work out" - "aku pon dah lama tak turun.busy"
"nanti nak balik bagi tahu aku...nak balik skali.." - "ok...kita gerak sekali..."
"kejap-kejap nak pergi toilet dulu..." - "ish macam mak aku lah nak balik barulah nak buat itu ini"
"kek tu sedap...kek yang ni keras sikit.makan yang tu" - "kek ni sedap cuma terlebih tepung"
"faham tak offside tuh macam mane?" - "erk...faham kowt"
"nape bagi begedil ni?tak nak?" - "rasa die lain macam..."
"jomlah pegi skali..." - "tak nak lah.kau pegi la.aku segan"
"kalau kau nak keje situ..aku nak apply gak ah.." - "nanti aku bagitau kau kay.."

gambar hiasan..bukan haikal,alif mahupun lin.
sekadar photoshoot

dan aku tetap dengan pendirian aku...perempuan tak sesuai confess dulu...nak bantah dekat ruangan komen..hakhak.
lastly...nice to know u haikal....kita hanya kawan...hanya kawan haikal.

Tuesday, September 21, 2010

satu kosong

gua suka berkawan.

gua tak cun tapi gua susah sangat nak jatuh cinta.eh nape gua cakap macam tuh??sebab selalunya orang cun hotsss meletops ni je yang market tinggi..so boleh lah nak memilih....hakhakhak...tak setuju?pape je la....setakat ni gua pernah bercinta sekali...7 tahun yang tak kesampaian...apa nak buat..bukan jodoh gua der....jadik macam orang orang sekeliling selalu cakap kat gua....redha kan aje...hmmm ok-ok...hehe...gua susah nak jatuh cinta...sebab gua rasa tak ada sebab pon orang nak jatuh suka dekat gua....tak de reason der...sebab tuh bila ada yang "tersuka" gua..gua rasa macam "so not me"...gua bukan ada ape..haha...so kalau adela kaum adam yang cakap jatuh suka kat gua tuh akan buat gua pikir doploh lima darab doblas kali der...macam orang orang selalu cakap..."macam mimpi je kan??"..ha..cenggitu lah....gua susah nak terima...sebab gua bukan ada ape...rupe ntah kemana....harta lagilah....tapi insyaAllah budi bahasa budaya mak mertua tu...gua adelah sikit-sikit untuk buat modal..hakhak...sebab tu masa dulu masa gua nak mula bercinta tu pon...gua tanya banyak kali..."dude,lu bia betol lu nak jadi kan gua awek ni??lu tak buta kan??"..haha....lebih 150 juta kali (eh macam lagula..) jugak la gua tanya si bekas pakwe....gua betol-betol tak percaya beb...bukan apa..gua tak nak lah gua yang tak ada rupa ni nanti dijadikan bahan mainan....errgghh..tapi...apakan daya der....berhati-hati dijalan raya pon akhirnya hancur dilanggar lori balak jua...bukan salah kita tak pakai sit-belt precaution orang kata...luka sini sana...tapi salah pemandu lori mabuk mungkin....damn.sumenye tak kesampaian.ok enough.

terima kasih doakan gua exam tadi.actually 1 hour test je.hehe.bleh plak gua lupa bawak calculator...mula lah gelabah habis sume formula dalam kepala bercampur aduk...soalan punya senang sampai tak sempat gua nak sentuh calculator.buat penat je gua gelabah pergi carik orang punya tadi...kamon lah lecturer..lain kali bagi soalan susah sikit..bagi up sikit sampai terkoyak kertas jawapan gua tuh........ini ape barang "senang sangat" sampai calculator pon tersadai?nak suruh congak huruf x,y,z bagai ape cter??kamon lah lecturer...

gua rasa kepala gua dah tak center sebab esok pagi gua ada lagi test maha susah beb....dan satu lagi...gua kadang-kadang kurang puas hati dengan tenaga pengajar ni.....ajar gua macam subjek tuh subjek bahasa melayu kertas satu upsr...tapi kuar-kuar soalan macam study case budak phd..ape citer ni??kamon lah lecturer....realistik sikit lah..kita hidup ni dalam dunia realiti.....lu bagi soalan susah-susah ape lu ingat gua ni ada bela toyol ker??haha...ok saya tau tak elok kutuk tenaga pengajar.tapi saya memang fed-up dengan sesetengah dari mereka....aissshhh....

tadi gua sempat layan game basketball dekat rec centre kejap even esok ade test..kejap je gua layan..syesly lame gila gua tak tengok game....dan rasanya macam dah berbulan gua tak turun gelanggang...rindu gile nak pegang bola....i mean bola keranjang la....eh kau ni kan....lepas tuh ade sorang mamat ni......tinggi gile...3 kali buat dunk.....woaahh......cool gile..hehe....


paper esok ade aura tak dapat jawab..sebab tuh gua amik initiative hiburkan jiwa sendiri ni.haha

Wednesday, September 15, 2010

April 2007

seingat aku tarikh bersejarah nya adalah 12 april 2007....hari selasa kalau tak silap.

ntah macam mana aku tengah buat lab report yang serabut ni tiba-tiba aku teringat dekat dia...seseorang yang pernah aku kenal dalam beberapa jam dan lepas tu beberapa hari...ah ini sekadar memori yang singgah memunggah kepala hotak aku mungkin..layan kan saja...kecederaan yang aku dapat pada lutut belah kiri aku ketika main basketball adalah sebabnya kenapa aku perlu melalui 12 april ni....fikir 20 kali jugak lah aku nak operate lutut aku ni..aku still boleh jalan...tapi memandangkan nak kembali kepada normal  dan masih menyimpan hasrat untuk kembali beraksi di gelanggang bola keranjang suatu hari nanti aku setuju untuk laluinya.....ok cukuplah pengenalan. kembali pada sehari sebelum 12 april 2007...maknanya hari isnin.....

esok aku akan masuk bilik operation.....lepas abah hantar aku..abah terpaksa pegi kerja sebab ada hal penting hari tuh...."first class wad da penuh...so duduk sini dulu lah...nanti kalau ada kosong nurse tuh akan tukarkan.",begitulah penjelasan abah aku bila aku demand nak bilik sorang-sorang....ni kali ke-dua aku masuk hospital dan ini first time aku duduk wad terbuka.bukan apa,leceh lah nanti nak kene pakai tudung 24 jam...nak solat lagi....lagipun wad terbuka ni macam lagi menakutkan je...lagi-lagi toilet..pergghh..time ni aku dah mula pikir-pikir hantu apa yang bakal aku jumpa nanti...ni sume sebab pengaruh cerita hantu ni...so,berbekalkan beg baju dan surat khabar aku lepak sengsorang...bosan..seyesly bosan sampai rasa nak mengurat para pesakit lelaki wad sebelah pon ada..malangnya semuanya tua-tua belaka...tak adventure langsung kan nak mengurat orang tua...haha..so,aku baring-baring  atas katil..lepas tuh aku rasa macam....ape jadah baring atas katil??sebab aku memang sihat dan boleh berjalan-jalan..kira kalau nak suruh aku pergi melawat wad sakit jiwa pon ok je......tengah bosan-bosan aku dah mula berfikir seorang diri....."macam mana nak tidur malam ni.........isshhh...",hakhak...dasar penakut...itu hari masa masuk hospital kuala pilah,akak aku ada teman..tapi bila kat seremban dan dia lak tak cuti so kenalah aku bermalam keseorangan.....

"dik,nanti pindah ke katil 101 ye...belah sana ok",nurse berbangsa india bagi arahan.

aku just iyakan aja.....angkut beg cari katil yang dimaksudkan........jumpa je katil...aku dah mula rasa tak best...adalah jugak rasa macam nak patahkan katil tu...sebab...katil tuh tepi tingkap....katil depan,katil sebelah...KOSONG beb....."malam ni tidur awal ye..esok lepas subuh terus masuk bilik operation..awak first case tomorrow..".aku angguk-angguk je....kejadah macam mana nak lelap malam ni...ishhh.....


yang ada arrow tuh katil aku...yang ade smiley tuh....aha...ni yang aku nak citer.

"samekom weh...",datang seseorang tegur aku dengan bagi salam pon betol tak betol.aku toleh.
"waaalaikummussalam...(senyum)",aku tengok dia..aku yakin dia pompuan even nampak keras dari pandangan luarannya....tapi tak ada lah sampai ke arah nampak macam lelaki  even dress up sempoi gile but still terpancar dia seorang perempuan.aku dapat bezakan....
"nape kau masuk hospital ni??aku tengok sehat walafiat je ni...hehe..",dia cuba nak mulakan perbualan...dan soalan yang ditanya dha hampir 505 kali ditanya oleh manusia dalam hospital ni kat aku...aku pon jawab lah...bla bla bla bla...crita-crita...gelak-gelak.....magrib pon masuk waktu.dan aku cam segan mintak tolong dia teman aku pergi surau....aku kalau bangunan hospital ni memang aku samekan macam pondok dalam hutan aje...hospital ni haunted die lain macam sikit.....hehe....dia just tunggu aku solat.....aku pon malas lah nak tanya solat ke tak...aku assume dia datang bulan je la...selesai solat kitorang naik wad balik....selang beberapa jam dalam sekitar 9 malam....dia datang balik dekat aku...

"tak tidur lagi??esok operation pukul baper?",dia dah mula ajak aku borak...lepas tuh kitornag borak lagi tanya pasal family,background diri memasing and banyak ah lagi....dia kad wad tuh just temankan akak dia yang sakit tulang kot..dah berbulan macam tuh tak larat bangun..dia kata  dia suspect kena buatan orang.....aku layan kan je dia nye cter......

malam makin pekat...cuak tak cuak jugak lah katil tepi tingkap...sumpah malam ni aku tak boleh tidur.....lama pikir last-last aku pon tanya dia..."beb,bleh tak kau teman aku tidur malam ni??hehe..",sumpah buat malu jer...."apesal??kau takut ker?haha...nampak macho upenye penakut gak kau ek....",ciss dia dah mula gelak-gelak kan aku.......so pendek kan citer selang beberapa minit dia datang balik dekat katil aku sambil tarik keusi malas....."okeh,malam ni aku tidur sini temankan kau eh...jup aku nak bagitau akak aku jup kay..."...so malam tuh dia temankan aku.....so lena lah tidur aku menjelang hari bersejarah esok....bangun subuh aku kejut dia....dia macam ngantuk so aku just solat tepi katil je.....then prepare-prepare untuk temujanji bersejarah dengan doktor chan yang kacak...hakhakhak...

kenangan....

esok lepas operation dia datang katil aku lagi..time tuh mak aku dah ada dah teman..."oit...sakit tak???eh...samekom makcik.....",dia cuba berlawak dengan aku even die dah tengok muka aku ketat gila menahan sakit bila bius dah hilang.....lepas kenal kat mak aku.....dia tanya aku dah makan ke belum..aku cakap belum lagi tak berselera sebab sakit gile.....

"eh jangan nangis beb...be strong...tahan sikit...."

antara ayat last dia cakap sebelum dia blah cakap nak pegi kat akak dia.....lepas tuh aku dipindahkan ke first class wad.....dan terus dah tak nampak dia.....4 hari aku lepak dalam wad ada gak aku tunggu-tunggu dia datang untuk borak-borak......tapi tak ada sampai lah hari last aku dibenarkan keluar.......dan habis macam tuh je perkenalan singkat kitorang......rasa macam kan best kalau still contact...mesti kalau aku sedih dia boleh buat lawak-lawak bodoh dia tuh..... hmmm beb,aku doakan kau berjaya dalam hidup  dunia akhirat..dapat apa yang kau nak.......dan dipelihara dari segala kecelakaan...terima kasih sebab sudi teman aku tidur malam tuh......you are so nice kawan...and for the last part...kepada si penulis........

"jangan nangis beb...be strong...tahan sikit...."

 ciss apesal macam jejak kasih plak ni...hehe