:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Sunday, August 22, 2010

cinta.kenapa?

"nape kau  tak accept die?macam ok je die aku tengok.."
"woi,jangan senyap..."

"malas la....."

"kau tak nak bercinta lagi??",suasana senyap.
"tapi dia baik la...."

"ini bukan soal baik tak baik..."

"ok fine.kau nak cakap yang kau akan tengok usaha dia.macam tu?berapa lama kali ni??setahun?2 tahun?jangan jual mahal sangat beb..."

"lantak kau lah...."

"eh rileks la...sori kay..jangan emo..bukak hati tu sikit.."

"ini bukan soal bukak hati..ini soal luka yang tak nampak.ini bukan soal jual mahal..ini soal tahap kejujuran...got it??"

"tapi.....jup."

"ape lagi??dah lah......malas la..kau kene ingat,setahun beb baru aku accept die....mungkin bagi kau senang untuk kau label kau jatuh cinta...tapi untuk kau realisasikan cinta kau..bukan mudah beb....usrah kelmarin aku pergi....cakap,kejar dulu cinta Dia..kerana Dia yang bagi perasaan cinta itu buat kita sesama manusia......7 tahun beb..bukan waktu yang singkat...."

"tapi dah setahun kan sume tu berakhir......"
"bertuahnya aku kalau luka 7 tahun itu hilang dalam masa setahun..."

"move on la beb...dia tak ingat dah kau dan semua 7 tahun tuh...common la..ade orang nak accept je la.."

"pity u..kau still tak faham...got to go...1 more thing,jangan cakap move on kalau kau sendiri belum rasa...dan jangan cakap ujian orang lain lagi terok..bla bla bla...sebab aku dah lebih dari faham..sebab tu lah aku perlukan masa...kejar cinta Dia."

p/s : cinta pada Pencipta pon tak terbalas..inikan pula cinta manusia...jangan haraplah kau nak bahagia dengan cinta manusia depan mata kau kalau cinta pada Tuhan masih terkial-kial.