:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Friday, November 26, 2010

seperti hidup segan mati tak mahu.

begitulah perjalanan blog hijau ini..seperti hidup segan mati tak mahu.....

letak gambar sekeping boleh??.......


kewujudan blog ni adalah selepas kematian esoksemalam suatu ketika dulu..tapi tiba-tiba apabila esoksemalam sudah jauh aku tinggalkan...dia datang balik kata masih hidup...dia belum mati..aku rasa tak percaya..kerana time tuh aku sudah ada teratak hijau ni...tapi takkan aku nak buang yang baru apabila yang lama menagih kasih kembali..??ok aku merepek...

Monday, November 22, 2010

arak haram,babi haram....tapi ramai minum arak tak pula makan babi.

aku punya pelbagai jenis kawan..............dari yang ada mak ayah,tak ada mak ayah,anak terbuang mahu pun anak hartawan....aku kawan dengan banyak jenis manusia...sebab aku suka...........

bila kita kenal ramai orang..kita akan kenal banyak perangai..kita akan tahu banyak masalah..kita akn didedahkan dengan bermacam jenis perihal kehidupan.......dulu,aku dengar orang cakap "jangan berkawan dengan budak rosak akhlak....pilih kawan baik-baik"...bila dengar orang cakap macam tuh..aku selalu deny.biasalah budak denial macam aku ni....bukan ape aku pelik mana plak kau tahu akhlak die dah rosak and akhlak kau sempurna??bagi aku kawan je lah dengan sape-sape..baru ada banyak sikit warna dalam kehidupan kau..baru ada masalah sikit untuk kau pikirkan.....baru hidup namanya...

ok tukar topik lah.macam rasa nak sambung nanti je...em ramai orang islam minum arak.setuju???cuba kau pikir punyalah banyak lagi air dalam dunia ni..arak gak kau kejar....ok kenapa ramai orang islam minum arak tapi tak ada plak isu ramai orang islam makan babi.....

kawan aku cakap...sebab orang yang minum arak tuh tak nak makan babi sebab itu sedara mereka.......sekian.

Saturday, November 20, 2010

terlalu remeh tahu??

ini hal sambut besday..ingat tarikh lahir orang...dan seangkatan dengannya....kalau anda berkawan dengan aku....aku ini bukan jenis kawan yang baik dari segi mengingatkan tarikh anda dilahirkan ke muka bumi ini..seriously..aku sangat lemah untuk ingat besday orang........

dan apa yang buat aku rasa tak best dan rasa macam.."hek eleh..tak payah mende remeh nak dikecohkan.."..apabila ada diantara kita-kita yang anggap kalau orang tak ingat besday mereka..tak wish pada mereka..tak buat suprise or wat-so-ever.....terus dilabelkan sebagai bukan kawan sejati..kawan tak ada hati..kawan lupa diri (ade ke??)..haha..jangan lah begitu..apa penting sangat untuk semua kawan-kawan kau wish pada hari lahir kau?? (padahal ingat pon sebab tengok facebook ye dak??).

benda ni sebenarnya fenomena jer...yup ada beberapa orang yang aku betol-betol ingat besday dia..tapi aku rasa less than 20 orang kot yang aku ingat termasuk family members...aku ni dari dulu lemah btol nak care pasal besday2 ni...so bile aku tengok benda ni kononnya macam "fenomena" bila kita MESTI ingat besday mereka so aku pon try ler nak improve diri aku agar ingat besday orang dengan jayanya...tapi still tak bleh dowh....kadang-kadang tuh kita memang betol-betol busy terlepas tarikh..lepas tuh mula lah kawan kita akan kata.."dia tak ingat pon kat aku.."..."tak wish aku pon.."...mungkin benda macam ni berlaku apabila kau dan kawan kau sangat rapat gile sangat lah......tapi kawan kau tak sedar..apa penting sangat nak wish bagai masa besday dia tuh.......sedangkan kau selalu sertakan dia dalam doa kau......

ok ini fenomena buat surprise...aku suke buat-buat surprise ni..tapi bagi aku kalau nak buat surprise btol-btol surprise bialah 5 tahun sekali ke..10 tahun sekali ker....sebab kalau kau buat surprise tiap-tiap tahun..ape ke lembabnya orang yang disurprisekan tuh tak bleh nak detect kau nak buat surprise??tah-tah dia dah tau dah..so die pon buat-buat lah terkejut supaya nak jaga hati kau..."tak sangka aku korang beli kek besar macam ni...".."tak sangka aku korang ingat aku...".."terkejut tahu helikopter hantar bawak kek..time kasi yu ollss"......ah pape je la kannn....bagi aku ini sume fake..caye lah cakap aku......kalau tiap-tiap tahun nak buat surprise tak ke rasa macam tah pape je kan???tak yah ler....at least ajak dia makan sudah..."arini besday kau kan..jom aku blanje makan tengok muvi..."...kan lagi sweet??so nanti next 5 tahun tuh kau buat ar suprise baru best dak??

ni pandangan aku jer....aku bukan jenis ingat besday orang then aku pon tak kesah langusng dan tak ada nak broken heart ke ape...sedih-sedih ngilu-ngilu hati ke ape kalau orang tak ingat besday aku.....mende ni remeh bagi aku..masing-masing ada komitmen dalam life masing-masing..dan tak ada istilah tak ingat besday so mereka terus dilupakan.....try lah menjelang besday kau nanti....lagi seminggu tuh..kau ubah tarikh besday kau kat facebook...tengok baper ramai yang wish kau dekat wall nanti......

cuba ah...lepas tu kalau dah cuba nanti bagi tahu aku baper orang yang wish kat kau kat facebook or sms tanpa reminder dari facebook.....heh, mende terlalu remeh tahu?

Thursday, November 18, 2010

sudah tidak semesra dulu

Assalammualaikum untuk semua warga kampung alam maya khususnya dunia blog.

smart jugak kan mula-mula taip entry bagi salam macam YB....................................walaupun auckland makin sunyi..aku tetap meneruskan hari-hari aku seceria yang aku mampu...bangun pagi mesti jerit..."selamat pagi fika!!"...agar diri aku tak rasa sunyi...ah gile....tapi bile lagi nak jadik gile kan???hari ni hari penat jugak.......lepas pergi sign contract..diserahkan uniform...bla bla bla mula kerja ari isnin............aku terus lagi naik bas untuk selesaikan urusan yang tak terurus....sebelum itu.....on the way nak pergi jumpa manager tu tadi...........macam malang juga apabila lutut aku terhantuk dekat bucu tembuk mase nak selekoh..semua ni gara-gara aku  buat kerja last minute dan lagi 10 minit aku pecut ke tempat berkenaan.....sakit gile lutut lebam teruk gak ni...masa terhantuk tu ade 2 teksi depan aku...aku cover je buat-buat tak sakit konon macam badang lah?

kenapa ek aku rasa aku macam dah tak reti tulis blog neh?kenapa?

bukan tu je...aku rasa aku juga sudah tidak semesra dulu dengan blogger....sekarang ni aku bawak diri aku terpencil jauh dari manusia didunia maya juga dunia realiti...ye ker??????????

berikut adalah senarai aktiviti ketika cuti 3 bulan summer ini :
  1. kemas rumah untuk pindah
  2. sudah tentu kerja setiap hari start pukul 8.
  3. seminggu sekali bersihkan gym..masih teruskan kerja yang lalu.
  4. kelas gitar..cewah.
  5. blogwalking sampai muntah kalau  tak penat balik kerja.
  6. bulan januari start summer school!!!yeay!ada yang dah balik sini time ni.
tadi aku beli ketam...so jom memasak...sekian.

Tuesday, November 16, 2010

it was over

the examination mood was over...we prefer to use "was" instead of "is" since we leave it and vanish all the exams mood yesterday...then we replaced that mood with a new feeling which i bet everyone will hate it...."i hate to say good bye"..but then that's the rule of a relationship that we must obey...haha..sound stupid...i'm trying so hard to laugh and smile yesterday....then i'm trying harder not to cry in front all of u friends....yup its such a nonsense when i start to miss all of u less than 24 hours u guys leaved me....

everybody's leaving...oh i just hate this feeling...yesterday,today and another day that we called tomorrow still more people will leave me....
how gonna i split the basketball team without u guys??
how will i enjoy the guitar plucking without the masters??
how will i laugh without your stupid jokes??
=(

good bye my friends....nice to meet all of u...all the best for ur next journey....keep all the memories we spent together before in auckland......

i'm the last that will move out from this house soon....and for my dearest housemates....this memorable house return to be soooooooooooooo empty and unvoiced.i start to miss everything about us.....and this feeling become worse when i start thinking that no more "us" for the next year journey then we will survive separately......................................................................again, i hate this feeling..........=(

Thursday, November 11, 2010

to love,to suffer

"To love is to suffer. To avoid suffering, one must not love. But then, one suffers from not loving. Therefore, to love is to suffer; not to love is to suffer; to suffer is to suffer. To be happy is to love. To be happy, then, is to suffer, but suffering makes one unhappy. Therefore, to be happy, one must love or love to suffer or suffer from too much happiness."

amacam???
boleh kategori entry jiwang kah ini???
ape tak paham??
bagus itulah tujuannya...misi tercapai.
rodger and out.
tapi misi harini tak tercapai.bungggkuusss...masuk tong sampah.
=(

(lagi 4 hari housemate saya sume nak pulang ke malaysia...jalan baik-baik hosmet sume)
=(

Tuesday, November 9, 2010

jauh di sudut hati..aku tak nak balik MALAYSIA

below are just few things that i pick up randomly around my mind :
  1. bila tengok nama,logo,gambar atau sesiapa yang menyebut Universiti Malaysia Pahang aku rasa sedikit sentap.jangan tanya kenapa.
  2. i do love optics and electrics thingy kot, dan quantum totally out....lepas tu thermo dan electromagnetics bakal mencabar aku lagi khamis ni.oh Tuhan.
  3. aku rindu nak memasak.....
  4. aku tak nak balik Malaysia..ini serius..perasaan untuk tak nak tinggal di Malaysia rasa makin menebal..mungkin rasa nak balik kejap-kejap jumpa family je..tapi untuk terus menetap kembali macam dulu bila aku dah habis belajar disini nanti...aku rasa itu satu perkara yang sangat berat...aku tak suka duduk Malaysia..sorry for that..ini bukan nak cerita pasal semangat patriotik ke sejarah hang tuah ke..tak kenal tanah tumpah darah ke...BUKAN...ini sekadar terapi jiwa..ianya personal....i just hate to stay in Malaysia.dats all.
  5. aku suka rosyam nor.dan aku sedih dia akan makin tua...sebab aku suka dia sejak aku sekolah rendah lagi kot...hye rosyam nor.
  6. aku selalu berdoa supaya aku tak terjumpa seorang perempuan free hair ni,pakai spec,dahi jendul,muka ada jerawat....bagi aku dia perempuan paling sial pernah aku jumpa selama aku hidup...dan aku selalu mintak pada Tuhan..jauhkan aku dari terserempak in real life dengan dia...sebab aku dah janji dengan diri aku..kalau aku jumpa dia depan mata...automatik..aku ulang..automatik aku akan lempang muka dia SEKALI secara SEKUAT HATI...aku tak kisah orang sekeliling nak kata aku gila.....aku yang lalui semua ni...jadi biar aku je yang faham nikmat dapat tampar muka dia....ini bukan soal dendam mahupun busuk hati...ini soal dia bitch....ye aku jahat.admit it.tapi kalau kau kat tempat aku pon..silap-silap kau akan bunuh dia.sape tahu?
  7. hari tuh mak aku cerita...anak buah aku 4 tahun tengok gamba aku..lepas tu dia cakap..."lamanya tak balik...rasa rindu pulak..."...aku sedih.terus buat aku rasa rindu yang membuak-buak.....tapi aku tak nak duduk malaysia.
  8. sekarang pukul 6.30 pagi dah macam kul 9 pagi plak...magrib plak masuk kul 8..masa berganjak ..summer menghampiri.
  9. bukan aku tak cuba lupakan apa yang dah berlaku..ape kau ingat aku bodoh sangat tak nak lupakan semua tuh?
  10. aku rindu aku.......mane diri aku yang dulu?mane?

Sunday, November 7, 2010

padan muka

yupppppp....still not smart enough to sit for the optics paper tomorrow....
optics gonna kill me huh...apepon...bertawakal lah selepas kamu berusaha......


agar semuanya dipermudahkan....(cuak cuak cuak cuak cuak).ok enough...

Friday, November 5, 2010

jersey all black rugby tournament 2011

**semalam renovate sikit blog ni,tu yang tutup kejap.

hey, siapa ada jersey all black rugby tournament 2011 nanti aku rasa sumpah sangat cool....dan aku rasa sape yang dapat jersey tuh nanti confirm akan rasa bertuah..haha...masalahnya..takkan aku nak bagi senang-senang je kan???

jom ah join contest..adiah die jersey all black rugby tournament 2011.
 

Thursday, November 4, 2010

lelaki gatal,pompuan berangan.

heh sume mulalah nak ikut merepek bila aku bukak cerita power rangers tuh...tapi dalam diam sebenarnya aku turut terharu dengan impian korang yang tak tercapai tuh........dah bape lama hidup????kesian....hajat yang satu tuh tak tercapai lagi ye yayang....oi,macam-macam jenis watak timbul kat ruangan komen...semua merengek-rengek nak jumpa..tuh lah dulu masa kecik-kecik mak suruh belajar jangan tengok tv jangan tengok kartun jangan tengok raksaksa sumer tak nak dengar.....tengok dah besar apa jadi????

antara watak yang timbul yang menjadi hajat kepada mereka untuk jumpa adalah :

MATJUN berkata : "lumut,kalau ada sailormoon bagitahu gua,nak tengok scene dia bertukar"...wahhh gatal kau kan...nak yang seksi..nak scene bukak-bukak je....

 FRODO (sama gatal) berkata : "a'ah nak jumpa sailormoon jugak..nak tengok tukar baju..",see??kan aku dah kata frodo ni gatal...tapi tak pe ye alfrodo altomoki...itu bukti lu normal.

FNDROCKA (2 kali gatal) berkata : "Aku nak jumpa sailormoo.....",sailormoon lah woi!sailormoo tu macam lembu je..mana seksi....

NEMO berkata : "gua nak jumpa doremon!!nak pinjam poket dia la...",ah gua malas nak minat doremon...nanti dia riak ramai minat dia...agipon dia dah ramai peminat nemo...takdenye dia nak jumpa kau...

BEAUTIFUL ROSE berkata : "eh,kalau doremon datang bagitau aku ye,nak pinjam alat2 canggih dalam poket die tuh..."....heh berangan je lah lu nak jumpa doremon.doremon tu sombong mana nak jumpa orang-orang cam kita....dia tu buta ke gua lagi kacak dari nobita??

EIFFEL berkata : "aku lg tingin nk jumpa doremon ker, goku ker..", goku dah terbang naik awan bergerak dia..tahu tak goku tu orang kuat ayah pin...jangan main2 weh...

 FARAHMOQUE berkata : "mut,kalau jumpe cardcapter sakura gtau ehh..aku nk pinjam rambut die.."...sape cardcapter sakura neh??rambut banyak kutu tu ker??tak cukup terkenal lah farah..gua tak kenal..hakhak

CIMOT berkata : ".power rangers kuninggggg...aku suka yg itu..lumut,kem salam kat dye au..",woi!!!power rangers semua bukan islam lah!!mereka sume tak sunat taw.

MIEZA berkata : " suke nk jadi warne merah sbb dier ketua....",nanti aku lempang pipi kau jadik lah warna merah mieza...haha....woi umur lu baper neh??

MIER@MERR berkata : "aku nak jumpa suria baja itam....",kartun ape neh??mungkin time neh aku tak lahir lagi miera...katun tu ada kaitan nagn ilmu hitam ke ape?

TIPAH berkata : " gua tiba2 nak jumpa spongebob. lu rasa dia kering tak kalau buat pengembaran kat darat??",hahahahaha..sumpah aku tergelak gila komen kau ni tipah oii..u jangan tipah....nanti tipah tertipu baru tahu....

EZANOOR berkata : "teringin nak pakai baju power rangers...ketat woooo...", ok sumpah yang ni aku rasa rare tu pasal highlight merah sikit.....masuk air ape kau ni nak pakai baju power rangers??ape baju kluang man tak nak?
 
 berNISA berkata : "teringin lark nk jmpe lumut pkai bju power ranger pink..",sumpah nisa ni cara terbaik kalau nak buat mak mertua kau nanti pengsan..haha...

last sekali kepada yang komen cakap nak jumpa aku tuh....ape ingat aku tergolong dalam kartun ker??hakhak...eh gurau je....so kesimpulan yang boleh aku buat dari sume ni....tolong baca betul-betul...jangan tak baca entry pastuh nak ngade-ngade komen...nampak buruk sangat perangai tu nanti...em kesimpulannya.....golongan lelaki memang dasar gatal suka makhluk tuhan paling seksi...buktinya sampai 3 orang nak jumpa sailormoon...yang golongan pompuan plak dasar suka berangan.....suka pasang impian macam-macam..tu pasal ramai yang nak jumpa doremon tuh.....

Tuesday, November 2, 2010

teringin la nak jumpe....


aku yakin sume orang kenal power rangers...power rangers ni banyak series...dan mereka shooting merata-rata...namun asalnya kalau tak silap dari syarikat perfileman US...dipendekkan cerita....baru-baru ni kawan aku terjumpa power rangers disekitar kawasan uni..time tuh mereka sedang buat pergambaran dekat bussiness school...kawan aku pon teruja lah....(syes kalau aku pon teruja weh)...dia pon tangkap la gambar power rangers dari jauh gune henpon..pastuh director ke cameraman tah nampak member aku snap..lepas tuh dia arahkan member aku untuk delete gambar yang telah disnap....ah kecoh je kan??bukan luak pon snap 1 gamba...macam lah kacak sangat....ishhhh...

jadi sejak dengar cerita member aku tuh..aku dah mula nak pasang niat untuk jumpa power rangers...serious aku teringin....nanti boleh aku tunjuk dengan orang kampung aku yang aku jumpa power rangers kan...sampai ada satu hari tuh kawan aku bagitahu aku..."weh tadi aku nampak macam ade shooting kat area AUT tuh!!!pegilah tengok mane tahu ada power rangers..."..punya lah gigih member aku nak realisasikan impian aku kan.....tapi time tuh aku tak pergi sebab penat....dibuatnya bukan shooting  power rangers tapi sinchan??tak ke buang mase aku je kan jumpe budak kecik sewel tuh.... ape pon aku berharap sangat impian aku nak jumpa power rangers tercapai....(merepek lah impian konon)

 ni antara gamba masa pergambaran sekitar new zealand...

aku harap lepas ni dragon ball pulak datang sini..teringin sangat nak jumpa dragon ball ada 7 biji semuanya tu...eh sinchan ngan dragon ball tu kartun je lahhhh........ada plak shooting bagai kan??

Monday, November 1, 2010

my underwear

kawan gua kat sana tu.....dengar cerita buat contest.......hadiah lumayan gile..sebab tuh lah gua nak join...hadiahnya sudah tentulah tiket kapal terbang balik malaysia dari auckland ke malaysia...seriously nampak je hadiah yang ditawarkan gua memang tak pikir dua kali dah...dalam hati terus cakap.."gila gempak hadiah..mesti mamamt ni gempak jugak...tapi gua lagi kacak sudah tentu.."..terus gua join....lepas siap entry ni gua nak pergi buat solat hajat rasanya...mohon hajat tiket kapal terbang balik malaysia tuh bakal jadik milik gua....tolonglah cero realisasikan impian gua ni..bagilah gua menang..orang lain pon tak yah lah join sebab gua tau cero akan serah kan hadiah tu untuk gua.....

contest mudah,lu orang copy gamba lukisan cero kat sini..lepas tu tulis dialog yang boleh buat cero ternganga bila baca...tak pon gelak berdekah-dekah...tak pon meleleh airmata setempayan..tak pon terus pergi buat taubat nasuha....ha itu bermakna ayat lu orang memang "wow,this is epic!!"......disebabkan syarat tak limitkan berapa gamba gua boleh pertaruhkan..jadik gua nak pertaruhkan lebih dari 2 gamba...tujuannya tak lain tak bukan..hek eleh nak tanya lagi ker??mestilah gua nak menang!!!



ok yang last ni tak masuk bertanding.....
 

 ok saya tau saya masih mental......masuk tidur dulu..

why i hate justin bieber

CDOT je suke justin bieber ni..aku langsung tak layan "baby baby baby ni"...by the way tak payah lah cdot sampai kau nak up entry untuk aku lepas tu bertuka jadik minah jiwang...hek eleh tak rock ah..hakhak

  1. sebenarnya aku busy.busy gila.
  2. aku rasa penat kerja kat gym tuh...aku tak larat nak angkat  dumbbell yang tulis nombor 35 tu lepas tuh aku tak dapat nak bersihkan sebersihnya....lepas tu aku rasa aku tough.
  3.  aku cam bengang jugak lah dengan lecturer...sebab ajar sikit soal bapak susah..........aku tak paham soalan camne nak jawab........pelis lah lecturer saya bukan cucu albert einstein ......
  4. tahun ni aku berjaya hidup disini tanpa bantuan heater sebab dah rosak..(see very the orang putih kan?)..baru edward cullen sayang...
  5. semalam aku cam tak suka ada sorang awek free hair ni cakap macam ni kat aku..."sebenarnya awak nak kan jawatan tu kan??".....whatt derr??...terus aku rasa cam.."ok kau ni annoying" dan rasa nak calitkan lipstick je kat pipi die.....aku bukan macam kau gila jawatan lah beb...habis 2 kelab kau nak sapu pegang jawatan...heh
  6. aku dah sebulan tak masak kan apa-apa untuk housemate aku....aku mohon mood memasak aku kembali....
  7. kawan-kawan sume balik malaysia..aku tak balik.
  8. aku tak jadik beli mac book sebab aku rasa itu nafsu bukan keperluan.
  9. semalam ada cashier kedai tu tanya aku something buat aku nak tulis satu entry kat sini bertajuk "tipikal".
  10. aku terlupa malam halloween kat sini....aku rasa terlepas peluang tahun ni.
  11. last sekali aku taip macam ni sebab saje nak fikir benda remeh temeh supaya aku tak memikirkan benda yang "berat" itu...
  12. lagi satu last..sekarang pukul 12.12 pm Malaysia dan aku nak pergi solat asar.
semua ni aku rasa salah lecturer ajar sambil lewa....dan salah aku tak pergi class.
so kerajaan silalah menyesal hantar saya datang auckland.sekian.

ini bukan idola saya..tolonglah faham.
beliau sangat saiko bukan??