al kisah :
aku ada seorang kawan.namanya haikal (bukan nama sebenar).masa awal tahun time summer baru aku kenal dia dan start dari tu aku baik dengan haikal.rumah dia dekat dengan rumah aku buatkan kitorang selalu gerak pergi dan balik main basketball sama-sama..kadang-kadang haikal tunggu aku takpon aku tunggu haikal..haikal ni tinggi,putih dan diakui ramai dia kacak.kira muka ada market...tapi sombong kalau baru kenal...dia suka mencarut tapi bukan kaki mengayat...dia suka dengar cerita orang...suka tanya pendapat dan kadang-kadang manja nampak macam budak-budak tapi ada masa boleh jadik serious dan sangat dewasa....haikal not into basketball sebab dia more to football..tapi time summer bebudak main bola ramai takde..jadi dia decide aje ikut we all main basketball...dari situ aku kenal haikal...time summer banyak masa terluang berbanding sem biasa.so we all bebudak basketball selalu ada masa untuk jumpa each other memandangkan kami semua lain course.termasuklah haikal...masa main basketball,kalau divide team...haikal akan selalu nak cheating tukar team sebab dia nak team dengan aku...aku tau dia tipu dan dia akan tunjuk isyarat senyap...aku senyum tanda faham....masa tengah game aku tanya haikal...
"kenapa tukar??"
"aku nak team dengan kau...sebab kau sifu aku..hehe..".
"ngada-ngada....ok make sure team kite menang...passing tengok orang..jaga zon dan hands up kalau orang depan kau nak shoot..main jangan gelabah macam semalam...kau tinggi make sure rebounds bola...lagi satu nak shoot aim board ok??..".time tuh lah haikal kenal aku..dan aku sikit sebanyak kenal haikal.apa yang aku perasaan haikal ni sukakan perhatian dan setiap kali dia nak try shoot aku akan jerit "haikal shoot!!board!!"..kalau bola masuk..dia akan pandang aku senyum bangga...kalau tak masuk dia akan buat isyarat sorry-sorry...itulah 1/10 pasal haikal.sebelum terlupa haikal masih single.
seorang lagi lin(bukan nama sebenar)..lin juga kawan aku tapi tak sama course..seorang yang peramah,pandai melawak,mudah mesra tapi kadangkala sensitive...dia suka bercerita dan tak suka orang tak dengar apa yang nak dia ceritakan...selalu risau diri tak putih macam perempuan lain....kadangkala nampak lost dengan identiti sendiri...dia pernah cakap dia dengan lisa surihani bagai langit dan bumi...tapi body lin boleh tahan dowh...aku tahu lin sedang mencari cinta...seorang yang suka perhatikan lelaki..dan seperti perempuan lain lin juga memuji jejaka kacak....apa yang aku risau...dia mudah sangat jatuh cinta....pernah dulu terkantoi lin suka seorang kawan aku namanya alif (bukan nama sebenar)...semuanya bermula masa aku ajak lin join main basketball..tapi malangnya alif suka aku dan aku pon pernah gak suke alif dalam diam....tapi macam biasa...untuk hubungan yang lebih serious...aku tak rasa alif lah orangnya...walaupun alif tahu aku suka dia dalam diam..dan suatu hari dia bagi tahu aku dia suka aku....tapi akhirnya aku cakap berkawan lebih baik...hubungan aku dengan alif...tetap macam biasa...kalau jumpa still senyum..gelak-gelak..tegur-tegur...main basketball sama-sama...sesuatu yang diluahkan tuh sikit pon tak merosakkan persahabatan kami...aku bukan jenis buang orang dari senarai hidup aku even aku pernah tolak perasaan kau pada aku...tapi jauh dalam hati aku...aku nak sangat kau dengan aku terus jadik kawan yang sebenar-benar kawan...alif dan aku bukan macam orang lain...bermasam muka lepas cinta ditolak...dan sebab tuh aku decide untuk terus kawan dengan alif macam biasa...alif pon ok...dan sekarang alif pon dah ade awek..hehe...tapi lin nampaknya kecewa bila akhirnya dia dapat tahu alif suka aku bukan dia....uisssh...biasalah tuh.
pendekkan cerita suatu hari..lagi sekali aku ajak lin turun main basketball dengan kami..and same goes to her...dia pon not into basketball...sekadar main suke-suke boleh la.......dan masa hari yang sama haikal pon sms cakap nak turun sekali...and for the first time lin dengar nama haikal bila she asked me siapa yang turun main petang tuh..."kacak ker??budak course mane?",antara soalan yang terkeluar dari mulut lin...
"hmmmm...orang kata kacak..so kacak lah kot...dia single beb...haha..kau tak kenal dia.jup lagi tengok sendiri"...sebelum aku bawak lin jumpa haikal..aku dah mengagak lin mesti akan jatuh hati pada haikal....dan instinct aku ni kuat..jangan memain..aku dah mengagak pada awalnya..sesuatu pasti akan berlaku...
"ehem....woi..rambut baru nampak.....",aku kacau haikal.dia lak dah malu-malu.
"lambat gile kau turun..mane budak lain ni??"
"jup gi turun ah tuh..haikal,kenalkan member aku lin..lin ni haikal.",haikal pandang lin lepas tuh buat bodoh terus main ipod balik..hah camtuh lah perangai sombong kalau baru kenal haikal.
tapi petang tuh sumenye ok..lin kan peramah..mudah mesra...jadik aku tengok lin dengan haikal makin rancak berborak....so aku assume everything ok...hehe...dijadikan cerita...lin sudah mula sukakan haikal....mula-mula aku dapat tahu...aku macam biasa dah bersedia..dah biasa dengan perkara ni...."jangan menaruh harapan sangat lin..nanti kecewa susah...".hari demi hari lin angau ah cam biasa....kalau jumpa haikal tengah jalan then haikal tegur dia dan borak-borak...kalau lepak haikal ade...lin nampak gile excited. dan sentiasa cari peluang untuk duduk dekat haikal...owh...its too obvious...she shouldn't be like that...dan akhirnya dia assume haikal pon sukakan dia....disitulah silapnya..terlalu awal buat assumption...makin hari makin ramai orang perasan lin sukakan haikal..dan akhirnya sampai juga ketelinga haikal yang lin punya perasaan pada haikal.....natijahnya....haikal makin menjauhkan diri dari lin..dan akhirnya tidak bertegur sapa...kalau tak dulu meriah je tengok diorang berborak..tapi sejak dari tuh....renggang...lin macam tak boleh terima bila haikal baik dengan sorang perempuan ni...boleh tahan cun gak lah....dan haikal pulak macam tak selesa bila dapat tahu lin sukakan dia......
see??"kau dan dia yang dulunya kawan akan jadi bukan kawan apabila kau...tak pon dia meluahkan perasaan untuk menjadi lebih dari seorang kawan tapi hakikatnya salah sorang hanya bertepuk sebelah tangan...."
disebabkan ni blog aku..aku nak tulis sikit lah...haha....tak semua orang macam aku beb...maksud aku kat sini.....even aku tak boleh terima seseorang itu sebagai kekasih...tapi sampai bebila pon aku boleh treat dia macam mana aku treat dia as kawan macam before dia confess...kalau dulu borak-borak kutuk-kutuk...aku still act same macam tuh..kalau dulu belanja makan ataupun beli kan air....aku tetap akan macam tuh...melainkan....dia yang menjauhkan diri dari aku....kenapa beb kalau sebelum wujud perasaan cinta tuh kita boleh bahagia as kawan...tapi disebabkan timbul perasaan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan kita musnahkan persahabatan kita...kenapa??tadi jumpa haikal dekat open house..lame gile tak nampak die..masing-masing busy...haikal tetap sama.....
(hijau dialog haikal hari ini dan biru aku)
"pedas lah mee ni....". - "bukan kau makan pedas ker?"
"ni kek aku amik tadi kau makan ek..." - "tengok lah dulu...haha"
"apesal senyap..mengantuk??kalau ngantuk gi ah tidur kejap" - "takkan nak tidur kat sini??"
"tunggu dulu nak ikat tali kasut..." - "cepatlah..leceh lah dia ni.."
"bila naik bukit rasa tercungap-cungap..lama dah tak work out" - "aku pon dah lama tak turun.busy"
"nanti nak balik bagi tahu aku...nak balik skali.." - "ok...kita gerak sekali..."
"kejap-kejap nak pergi toilet dulu..." - "ish macam mak aku lah nak balik barulah nak buat itu ini"
"kek tu sedap...kek yang ni keras sikit.makan yang tu" - "kek ni sedap cuma terlebih tepung"
"faham tak offside tuh macam mane?" - "erk...faham kowt"
"nape bagi begedil ni?tak nak?" - "rasa die lain macam..."
"jomlah pegi skali..." - "tak nak lah.kau pegi la.aku segan"
"kalau kau nak keje situ..aku nak apply gak ah.." - "nanti aku bagitau kau kay.."
gambar hiasan..bukan haikal,alif mahupun lin.
sekadar photoshoot
dan aku tetap dengan pendirian aku...perempuan tak sesuai confess dulu...nak bantah dekat ruangan komen..hakhak.
lastly...nice to know u haikal....kita hanya kawan...hanya kawan haikal.