:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Tuesday, October 12, 2010

gila akhirnya

aku yakin sume orang pernah jumpa orang gila...tak kisah lah lelaki ke perempuan..kesian.sesetengah dari mereka dulu mungkin punya kehidupan yang sempurna...namun kerana tekanan kehidupan dunia dan permintaan manusia yang melampau telah mengheret mereka kenal apa itu "dunia orang gila".so,dekat kawasan sekitar rumah aku di Malaysia yang sejak umur 5 tahun aku tinggal disitu....aku ada kenal 2 orang lelaki gila.maaf kalau bunyi agak keterlaluan bila aku sebut 2 orang lelaki gila.namun itu saja nama yang mudah untuk aku berikan pada mereka...

lelaki gila pertama namanya pian (bukan nama sebenar).pian tak kacau orang.kalau kami berselisih,dia sekadar jalan tanpa sikit pon mengganggu aku...senyap...jalan seorang diri tanpa berbaju...sejak aku darjah satu sampailah aku habis sekolah aku tengok rutin dia tetap sama.dari fizikalnya pian mungkin tak nampak macam orang gila,tapi disebabkan rutin pian yang suka mandi bogel ditepi sungai dihujung kampung buatkan semua orang tahu dia gila...pian tidak lagi punya sifat malu..dan seseorang itu boleh dilabelkan gila apabila dia hilang sifat malu dalam dirinya...bukan tu je,atok ajar ngaji dulu juga pernah berkata "apabila hilang rasa malu dalam diri seseorang itu,maka akan makin hilang juga imannya".begitulah pian,dia tak rasa apa-apa apabila mandi bogel ditepi sungai sedangkan ramai orang lalu-lalang disekitarnya...menyingkap kisah silam pian bagaimana dia berubah menjadi seorang yang gila..orang kampung cakap pian dulu tak gila...dia normal sama macam kita-kita...namun kerana patah hati dalam bercinta...segalanya merubah hidup pian...cinta yang diberikan pada seorang perempuan tidak dihargai...pian ditinggalkan tanpa kata....saban hari pian menanti gadis pujaannya...mungkin pian tertanya-tanya apa salahnya....pian hilang arah..tekanan dari cinta manusia mengubah seluruh hidupnya.....hanya tekanan...semuanya kerana cinta... (celaka bergenang plak airmata aku taip citer pian ni).

orang gila kedua namanya meon (bukan nama sebenar).rutin meon seharian ialah berjalan selagi boleh siang ke malam....time tu aku darjah 3...tiap-tiap pagi sebelum kesekolah pasti akan berselisih dengan meon.sambil berjalan...mulut meon tak berhenti terkumat kamit seolah-olah bercakap sesuatu...namun dia tidak menggangu orang....menyingkap kisah silam meon,kehidupannya berubah juga kerana cinta...cintanya bersama si gadis dihalang oleh orang tua....macam-macam usaha meon lakukan agar percintaan mereka diterima...namun tetap dihalang oleh keluarga....hari demi hari meon tetap gagal untuk menyatukan cinta mereka...dan keluarga si gadis pula mengambil keputusan bawa si gadis jauh dari meon memandangkan keluarga meon tidak sudi untuk menerima si gadis....akhirnya si gadis hilang dari pandangan...meon pula hilang arah tuju...dirasakan kehidupan tidak bermakna tanpa si gadis disisi...orang kata meon terkumat-kamit tu sebenarnya melafazkan ayat-ayat cinta buat gadisnya..sejauh mana kebenaran aku pon tak tahu...namun,dek kerana meon suka berjalan seorang diri dalam kegelapan malam...meon akhirnya bertemu ajal apabila dia dilanggar oleh sebuah kereta....kehidupan meon habis begitu saja meratapi cinta. (damn,sedih plak.....)

begitulah hebatnya penangan cinta manusia....hati,jiwa,perasaan,kehidupan semuanya dipertaruhkan...kerana cinta manusia buta.dan kerana cinta juga manusia gila....manusia hilang pertimbangan kerana cinta....mohonlah petunjuk Allah agar kita diberi kekuatan meneruskan ujian hidup ini agar tidak dibiarkan sia-sia seperti pian dan meon......hanya cinta Dia kekal selamanya....

24 comments:

Ard said...

aku pon separuh gila kt sini..
tp dengan lecturer yg garang.. hehe

Nazz@Purple said...

cerita yg menarik ...

begitu la kalau terlalu tabsub dgn cinta yg sementara

cimöt said...

betol!!terlalu byk kes org gila bcoz CINTA..
cinta itu buta,tidak kenal usia atau paras rupa,bisa bikin gembira atau sebaliknya,hanya cinta pada Yang Maha Esa kekal selamanya.

LUMUT,semoga kau jumpa cinta sejati.

Carnation said...

arghh naseb baek aku tak gila sebab cinta~

kuatkan iman. kuatkan iman.

Mario said...

uikkk...kat tempat aku pun ada gak yg gila sbb cinta...dari cerita org le...tak tau la kebenaran dia...

My Little Diary said...

salam,
saya jgk hampir giler membaca kisah 2org gila ini.... sedih jugak kan? semoga saya tak giler bila kehilangan cinta manusia.. kerana cinta pada maha Esa kekal abadi... :)

gulagulahacks said...

hhahaha.
kat kg gua pun ada macam meon..
kadang2 xbalik kg dia berjalan..
ada satu malam tu,
tiba2 gua ternampak dia kat masjid sekolah gua, SBP.
letaknya 70 km dari kg gua.
memang gila ah..jauh berjalan..
tp masa kecik2..
selalu kacau dia.
bila sebut je POLISSS kat..
makin kuat dia lari..
kami budak2 gelakkan dia...
dengar2 dia gila sebab cinta jugak..
dasyat sunggoh cinta ni..
sekian cerita gua. keh keh keh.

Aly said...

gila tu subjektif aku rasa
heh
;p

Unknown said...

besa betul kuasa cinta ye dak?
tak pandai kawal jiwa merana.

Nekmo said...

kuatnyee cinta...
hmm...
cinta..
cinta..
lec aku ckp senang je sal cinta..
hilang cri len..
hmm..
tp tak..
tak mampu..
arghh

pisau belati said...

terlalu taksub dengan cinta membuatkan manusia menjadi gila.hilang kewarasan akal dan kawalan diri.

terlalu taksub dengan cinta
membuatkan manusia di kuasai
nafsu tak berlimit
hilang pertimbangan diri
hilang kehormatan diri.

kan indah jika cinta itu bersertakan restu ilahi
lebih manis jika cinta itu mengikut syarat cinta ilahi.

manusia tidak akan mati jika putus cinta.tapi manusia akan mati jika cintanya tidak melebihkan ilahi.

Unknown said...

almost. but Alhamdulillah. Find the strength in yourself, Insya-Allah =)

cEro said...

bahana dikecewakan, sakit beb...
walaupun kita kata kita ada iman, tp siapa kita berani bertaruh iman..
silap mereka ini, letakkan segalanya sebgai taruhan, termasuk iman...
apa yg tinggal utk kita yg ada, adalah pengajaran..

... said...

http://greenroses93.blogspot.com/

aku akan brcrita d sini mut
walau tdak seaktif dulu
tetapi mg sj ada pahala dr tulisan aku dpt aku titipkn buat kalian yg aku blh tinggalkan

beritahulah kwn2 lain jika perlu


-jane-

Eza Faezah said...

yup... bahana cinta mmg boleh jadi gila... mmg teruk sgt... aku alami kemurungan yg teruk... terutama masa PMS... tau apa ubatnya??? baca AL-QURAN. Iman secebis la yg menahan dari gila n bunuh diri. Mungkin Allah masih sayang....

oranglidi said...

kat kampung aku dulu ada sorang laki kurang siuman dan sorang pmpuan kurang siuman.

bila dah besar ni aku baru tau, dua2 dulu cintancintun last2 x ksampaian. tu jadi gila. tapi itu member ak cerita la. xtau sahih ke dak.

::..dYa..:: said...

Semua kerana cinta,
kalau tak kuat memang jadi gila

baru jew ada pengalaman ngan orng gila puasa hari tu, selamat ada penyelamat,

Kesian Meon n pian..

Unknown said...

kesian pian dan meon... T.T

Anonymous said...

mut,ada satu hari tu,aku lepak2 ngn si dia.kemudian,lalu sorang laki yang comot,serabai,compang camping depan kami.aku tnya dia,
" awk rasa dia ni gila x? "
dia cakap,
" tak baik cakap org lain gila,hnya kerana dia x sama dgn masyarakat majoriti kita.mungkin ilmu dia lebih tinggi dari org majoriti mcm kita ni..dia mugkin kelihatan bertentangan dengan majoriti..tp x semestinya majoriti tu sentiasa betol"

err..ko paham x apa aku nk ckp?

dlm bhasa mudahnya,org yg kita sgka 'gila' tu mgkin org yg terlalu deep,lebih tiggi ilmu dia,n dia x gila pun..dia just meninggalkn kelompok majoriti manusia...

heh..paham x??

*ak rs komen ak mcm kelly ng...

Paan Ovrtd said...

Orang gila? Madu along aku.

afiqsiddhartha said...

lumuuuut! Sedih gila kalau macam ni lah jadinya. Emosi penuh baca. :(

Adeqq said...

sedihnya!
semoga kita tak bernasib begitu kan?


Cintailah DIA yang dah tentunya menyintai kita lebih dari cinta manusia~

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

sian dieorg kan...

cinta dunia punye pasal

WOLFMAN said...

cinta?
manyak bahaya oooo...