:: jalan pintas ::

annoying (5) auckland-ku (10) basketball (4) blog (6) cinta (6) contest (5) conversation (2) esoksemalam (6) family (5) filem (3) food (3) friends (12) gelagat (2) gempa bumi (1) heart (14) hurt (7) jadi isu (14) KAMU (1) life (7) lukisan (3) lumut (10) makwe (3) memori (9) perjuangan (8) photos (11) sekolah (2) suara hati (3) tears (1) tension (3)

:: boleh tanya ::

Saturday, October 2, 2010

jika itu aku

gambar asal telah diedit untuk diletakkan didalam blog ini.terima kasih kepada tuan punya gambar.
tahniah kepada kawan-kawan untuk final year project mereka.

 hari ini....dengan langkah yang kemas dia melangkah menuju ke kolej kejuruteraan itu....walaupun pada awalnya dia tahu perasaannya mungkin akan sedikit terganggu...ditolak sopan perasaan keruh lalu dia duduk kemas...mata tertumpu pada butir-butir bicara kelibat dihadapannya..suara lantang,penuh yakin....dia terasa sungguh kagum dengan manusia dihadapannya...."tahniah kawan...",bisik hati perlahan.....entah mengapa kepala itu jahat memunggah segala memori lama....sial!!!masa tidak boleh diputarkan........dia mengawal pergolakan jiwa.......dia mahu jadi seperti mereka...dia mahu berdiri seperti mereka-mereka itu...dia mahu bentangkan idea-idea miliknya...dia mahu realisasikan apa ada didalam hatinya....dia mahu sesuatu untuk kepuasan dirinya...namun sudah terlambat....dia kembali tunduk.....pedih....pedih untuk menghabiskan jalan yang langsung tiada tempat didalm hatinya.......

jika aku punya ribuan anak kecil yang bertanyakan jutaan persoalan tentang kehidupan....sungguh acap kali akan aku ingatkan pada  mereka...."jangan tersalah pilih jalan....."...aku pernah rasa betapa celakanya jalan yang ini....pedih gila mahu aku habiskan perjalanan hingga penghujungnya..umpama berjalan diatas pecahan kaca-kaca....kaki sakit bukan setaka diguris malah dibelah hingga berdarah...sakitnya Ya Tuhan.....

jangan demi cinta manusia kau sanggup berkorban apa saja....boleh jika kau mahu berikan hati..tapi jangan pertaruhkan jiwa...kelak kau akan jadi seperti aku.....dilihat bahagia...namun dalamnya tiada apa.............beberapa tahun lalu..."tahniah anda berjaya menyambung pelajaran ke universiti teknologi petronas dalam jurusan kejuruteraan petroleum"..

namun,hari ini dia tersenyum pudar....

aku mohon kembalikan hati dan jiwa aku.......

26 comments:

unknown said...

yang...

xmo cani.. ko igt aku pny cita2 cikgu Inggeris? aku nak jadi psychologist kot. but yeah, here i am. just like you.. wondering what if... what if i ever took the other road instead of where im on now..

u maybe dont see why now.. but you will one day.. and until then, trust Him for He knows whats best for us. and He will lead us there. dont you worry...

syg ko..

sitinaminah02 said...

aku mohon kau kembalikan hati dan jiwa aku, mut





keh3x

Verdict said...

apa yg harus aku buat utk kembalikan hati n jiwa kau tu..?


tamo macam nie..

Adeqq said...

Salam.

Sabarlah sayang. kenangan tu memang pahit apatah lagi kalau terpaksa telan. tapi, itu yang kita terpaksa buat kan? nak buat macam mana.

InsyaAllah. Ada yang lebih baik untuk kamu lumut. Ada. Pasti ada. Berdoalah. =)

cimöt said...

lumut lumut..every cloud has a silver lining..always pray the best for u..

black_mel said...

namun hari ni ko dh berjaya di nz...tahniah lumut..aku mmg xkn sampai kat sana...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kadang-kadang kita rasa

menyesal dengan sesuatu

tapi

disebaliknya

ada rahsia yang tersembunyi yg membawa seribu rahmat dlm hidup

=)

Tie HT said...

Congrats n good luck :)

DAUD said...

suke ko ny ayat2,

hati dan jiwa itu kau yang punya,
walau ada orang yang rampas,
tapi kau punya kuasa,
untuk memujuk dan mencari,
agar hati jiwa itu,
kembali pulang ke tempat asalnya.

kau hanya perlu terus mencari...

Aly said...

takdir kau dapat tengok kebun kiwi kat sana
^_^"

cEro said...

cakap laa pada siapa pun, jika ditanya mahu ke tidak peluang putarkan waktu, mesti MAHU!
tapi mustahil..
maka, kita perlu teruskan apa yang sudah berlaku..kan?

gulagulahacks said...

lumut,
gua pun pernah macam lu...
dapat offer ovc...
tp g utp...
sedeh gak...

tp simple je,
gua pegang kata-kata mama gua,
Allah lebih tahu yang mana jalan lebih baik untuk kita,
dan Dia dah tentukan...
Yakin dengan Allah,

rezeki lu tak semestinya kat utp..
chill lumut,

Btw, UTP sucks..haha..panas macam silaka. NZ bes, sejukkkk....

Anonymous said...

peluk lumut ketat2!!!


mmmuuaahhhhzz!


nah cekodok selori. (^_^)

AkuBukanLelaki said...

lumut manis..maniss???

Allah swt telah menetapkan jalan hidupmu
redha dan pasrah la...

erkk..aku pun senasib mcm ko..mungkin???..tapi aku buat2 suka+gembira...hahahaha,hipokrit sungguh

ezyanie said...

naahhhhh . nasib kan lumut ?

dulu aku nak jadi doktor . T______T

aien said...

tahniah and good luck!!

Allah tahu ape yang terbaik buat hambaNya..

chill ya.. ^__^

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

zaman ni..
kerana cinta manusia..bulan pun sanggup dipikul..
cinta pd Tuhan..5 waktu ntah kemana..

boleh beri hati...
hati tanpa jiwa tu mcm mana mut??
wa tertarik lak ayat lu tu..mcm nak faham..tapi mcm hilang semua...takda jiwa..hati ntah kemana..

Ard said...

aku kt utp skang.
insya ALLAH, ade hikmah nye kau kat sane...
p/s: perlu nasihat ko. refer latest post aku,. tq ^^

Unknown said...

yeah...aku jg stuju ngan alvin..
mcm mne bg aty tp tidak jiwa???



mut...

kte x akn tau ari esok bgai mna..


ah mgkin itu pengajaran utk kte...

smoga kte makin kuat utk ari yg mndtg..

¶A.K.I¶ said...

apa yang ditakdirkan adalah yang terbaek dr ALLAH untuk hamba hamba nye~ insyaALLAH

azman hairudin said...

everything happen for a reason.try cari sumthing positive sebalik keputusan yg ko buat.be positive.bila hati dipenuhi benda negatif,semua benda akan kelihatan negatif.

you've been in pain for so long,you forget who you were.

lumut yang aku kenal dulu bukan macam ni.

Raihan Mahmood said...

when in doubt, close ur eyes and just remember that Allah does everything for a reason, and as hard as that seems to belive, he does. with the faith u have in Him, nothing can stop you. u will make it becos the faith u carry with u..

gud luck mut..

LUMUT said...

UNKNOWN,
hmmmm.tahlah beb....aku tahu ni sume ketentuan..yg terbaik..tp aku ttp kecewa.bilalah hati mahu sembuh.

GADIS COMEL,
tp saya x curik hati dan jiwa awk??cisss..haha

FIQ,
kau x yah buat ape2..org lain x leh tlg aku hal ni....aku kesal dgn diri sndri je..huu

ADEQQ,
salam,nak tak nak mesti habiskan jalan yang sakit ini...berdoa kan??tengkiu babe.

CIMOT,
hmmmm...yup....btol tu.i will

BLACK MEL,
dtg ke nz bukan kejayaan aku.bukan....aku rasa sux

GADIS KAMPUNG,
aku selalu jugak ckp mcm tuh kt diri aku..utk pujuk hati.=)

LUMUT said...

TIHARA,
mekaseh tihara..=)..all the best for u too..

DAUD,
thanx sudi baca daud...aku akan terus mencari bahagianya aku..aku akan cari daud.

ALY,
erkk...tp aku x hepi..cmne?

CERO,
mesti teruskan saja kan cero....=(

GULAGULAHACKS,
komen kau sikit sebanyak bg aku smgt dan nafas...thanx sgt weh..thanx sgt.....nz ada cerita disebaliknya yg buat aku terluka.itu je bukan aku x bersyukur,

NEMO,
cekodok pisang ke??sedap tuh..=)

LUMUT said...

MENDATAK HIJAU,
hipokrit tuh adelah watak paling best utk org yang terluka.setuju?

EZYANIE,
aku nak jdik doktor gakk..kua resulr bio B3..haha

@IEN,
tahniah??utk?hee
maseh...

ALVIN,
aku suka 3 baris pertama...gilalah alvin...boleh bagi hati..means kasih syg kau pada orang..tp kalau kau bagi jiwa kau...hilang org yg kau berikan tuh...kau merana..

ARD,
owh ye ker??aku akan kesana...insyaAllah...

EIFFEL,
aku dah jawab utk alvin....haha pandangan aku merepek je tuh..jgn caye.

AKI,
insyaALlah aki...=)

LUMUT said...

AZMAN,
lumut yg kau kenal dulu dah lama mati....xada dah...hmmm...thanx utk komen kau.best komen kau.

RAIHAN,
nice komen...=).thanx raihan..all the best for u too..